Thursday, 10 April 2025

TEMPOH GAJAH MENGANDUNG

 
Gajah adalah haiwan yang tempoh mengandung paling lama. Gajah betina mengandung selama 18 bulan sehingga 23 bulan mengikut spesies. Spesies gajah Afrika mengandung paling lama iaitu 23 bulan. Kalau spesies berbadan kecil, tempoh kehamilan hanya 18 bulan.
 
Tempoh mengandung gajah yang lama berkait rapat dengan sifat anak gajah yang baru lahir sudah dianggap "sempurna" dan terus boleh berjalan sebaik dilahirkan. Berat anak gajah baru dilahirkan sudah mencecah 120 kilogram.
 
Anak gajah juga dilihat sudah "pintar" sebaik dilahirkan kerana pembentukan otak yang telah "matang" sepanjang tempoh berada di dalam perut ibunya. Gajah betina menjadi matang apabila umur antara 8 hingga 12 tahun. Jangka hayat gajah adalah 60 hingga 80 tahun.
 
Seekor gajah betina biasanya hanya melahirkan anak sebanyak empat atau lima ekor sahaja sepanjang hayat. Selang masa gajah betina melahirkan anak seterusnya ialah kira-kira empat tahun. Hanya kira-kira satu peratus daripada kelahiran gajah adalah kembar.
 
Gajah betina dan anaknya hidup dalam kumpulan kecil manakala gajah jantan lebih suka hidup bersendirian. Gajah biasanya berehat ketika cuaca panas. Setiap kumpulan mempunyai kawasan tersendiri untuk mencari makanan. Gajah suka berenang dan mandi di sungai.

No comments:

Post a Comment