Tuesday 17 January 2023

KUIH TEPUNG GOMOK

 
Sejenis kuih yang unik dan masih ada peminatnya di Kelantan ialah woh (buah) gomok atau tepung gomok.

Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras pulut dan kelapa. Bentuknya adalah bulat dengan ukuran yang berbeza-beza. Pada masa dahulu ukurannya agak besar, tetapi sekarang disebabkan faktor kos dan untuk tujuan menambah bilangan, setiap biji woh gomok lebih kecil daripada bola ping pong.
 
Tidak pasti mengapa dipanggil ‘gomok’ kerana ada satu lagi dialek Kelantan menggunakan perkataan sama ialah katak gomok. Katak gomok ada sejenis katak yang buncit.

Woh gomok juga merujuk kepada bahagian tulang rawan di bahagian bawah tempurung lutut.

No comments:

Post a Comment