Monday, 28 August 2023

CARA TANAM ROS JEPUN DALAM PASU

 
Pokok ros Jepun menjadi pilihan peminat bunga kerana kecantikan bunga berwarna warni. Selain itu ia juga menjadi pilihan kerana mudah tumbuh dan tahan lasak, serta tahan dengan cuaca panas di Malaysia.
 
Di Malaysia, bunga ros Jepun ini turut dikenali dengan nama pokok bunga pukul 10 pagi atau pokok bunga kembang 10 pagi. Jolokan nama ini diberi kerana pokok bunga ini dikatakan akan kembang dengan mekar pada pukul 10 pagi.
 
Pokok ros Jepun bukan berasal dari negara Jepun. Sebaliknya, ia dikatakan berasal dari negara Amerika Selatan seperti Brazil, Argentina dan Uruguay.
 
Pokok ros Jepun sesuai ditanam di dalam pasu atau bekas plastik. Memandangkan ia mudah membiak, penggunaan boleh menggunakan tanah biasa atau tanah campuran untuk menanam ros Jepun ini.
 
Langkah menanam pokok ros Jepun di dalam pasu.
- Pastikan pasu yang tidak menakung air.
- Sediakan keratan batang pokok bunga ros Jepun ini.
- Dapatkan keratan batang lebih kurang dua ruas jari atau tidak melebihi 3 inci.
- Kemudian, buang daun di bahagian bawah keratan batang tersebut.
- Gunakan campuran tanah dengan dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian sekam padi.
- Guna tanah biasapun boleh
- Masukkan tanah campuran tadi ke dalam pasu dan gemburkannya terlebih dahulu.
- Walaupun bunga ros Jepun ini mudah untuk tumbuh dengan subur, elakkan menggunakan tanah yang terlalu keras
- Kemudian cucuk batang ke dalam tanah yang telah diletakkan di dalam pasu
- Siram air sekali sehari
- Letak di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari untuk ia tumbuh dengan subur.
- Pokok akan mengeluarkan bunga selepas dua minggu

No comments:

Post a Comment