Sunday 24 September 2023

TASIK TEMENGGOR HUTAN BELUM

 
Pengguna Jalan Raya Timur Barat dari Jeli, Kelantan ke Gerik, Perak akan melalui sebuah tasik yang namanya Tasik Temenggor. Tetapi, banyak orang mengenali atau memanggil tasik ini dengan nama Tasik Banding. Kekeliruan itu berlaku kerana tempat itu adalah Pulau Banding atau Banding.
 
Tasik Temenggor adalah tasik buatan. Ia terbantuk hasil pembinaan Empangan Temenggor iaitu sebuah empangan hidroelektrik. Ia terletak merentasi Sungai Perak lebih kurang 200 kilometer ke timur laut Ipoh.
 
Empangan ini dibina di kawasan yang dahulunya sebuah negeri Melayu dikenali sebagai negeri Reman, yang diserahkan British dan Thailand kepada negeri Perak melalui Perjanjian 1909.
 
Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Temenggor. Pulau di tengah-tengah tasik ini dikenali sebagai Pulau Banding.
 
Dipercayai tasik yang terhasil akibat empangan ini menenggelamkan binaan kerajaan Melayu purba yang berada di hutan Belum sejak beribu tahun dahulu. Empangan ini siap dibina pada 1979.
 
Pembinaan dimulakan pada tahun 1967 dan disiapkan pada tahun 1972. Kos pembinaannya RM352 juta. Operasi dimulakan pada 1975 dan dirasmikan pada 1976 oleh Sultan Perak, Sultan Idris Shah.
 
Air dari empangan ini disalurkan sebagai bekalan air minuman bagi penduduk negeri Perak dan Pulau Pinang. Empangan ini seluas 152 kilometer persegi dan mengandungi 6,050 juta meter padu air meliputi Hutan Simpan Belum seluas 117,500 hektar. 

Tasik Temenggor kini terkenal sebagai kawasan ekopelancongan dan penternakan ikan air tawar.

No comments:

Post a Comment