Definisi perkataan “bojeng” di dalam Kamus
Dewan ditandakan sebagai perkataan asal Kelantan yang bermaksud “berambut
panjang”. Perkataan “bojeng” yang disenaraikan dalam glosari dialek Kelantan
sebagai kata kerja pula membawa maksud “gunting rambut”.
Dalam percakapan dialek Kelantan, perkataan
“bojeng” atau “bojen” lebih merujuk kepada kata kerja iaitu gunting rambut atau
bergunting rambut. Sebutannya ada “sabdu” atau “syaddah” atau “tasydid”.
Amalan bojeng ini dianggap “wajib” setiap
kali hendak sambut Aidilfitri, terutama di kalangan kanak-kanak dan remaja.
Ketika itu, memang tukang gunting tidak menang tangan. Beratur orang hendak
berbojeng sehingga larut malam.
Satu lagi masa bojeng ialah apabila hendak
buka penggal persekolahan. Ini kerana biasanya sepanjang cuti, pelajar akan
berambut panjang. Jadi, apabila hendak buka sekolah, masing-masing akan pergi
bojeng.
Memandangkan berbojeng perlu dibayar kepada
tukang gunting dan satu beban kewangan kepada ibu bapa yang mempunyai banyak
anak masih bersekolah, ada pihak yang menyediakan bojeng percuma.
No comments:
Post a Comment