Siapa untung Melayu Islam berpecah? Perpecahan
tidak membawa keuntungan di antara pihak yang terlibat. Yang untung
ialah pihak lain. Jadi, mengapa ada yang suka berpecah?
Keadaan dan situasi yang semakin menjatuhkan maruah Melayu dan
Islam jangan terus dibiarkan.
Mereka dakwa Islam bawa
perpaduan. Mengaku untuk perjuangkan Islam. Mengaku
parti Islam. Malangnya mereka melakukan perbuatan ditegah Islam. Mengaku untuk
kebaikan Islam tetapi lari tinggalkan perjuangan.
Mengapa ini terjadi kepada umat Islam? Tidakkah
mereka menghayati ajaran Islam yang anjurkan perpaduan dan bermaaf-maafan?
Mengapa mereka bertegang urat dan tidak mahu muhasabah diri?
Adakah perjuangan memperjuangan Islam selama ini hanya retorik
dan untuk meraih sokongan? Atau apakah kerana ingin mendapat kuasa dan
ganjaran kebendaan mereka sanggup melanggar perintah agama agar bersatu?
Mereka dakwa Islam ada jalan penyelesaian tetapi kenapa masih
selesai. Itulah tanda mereka tidak ikut Islam. Mereka hanya
berlagak sebagai memperjuangan Islam tetapi tidak ikut Islam.
Asas pergaduhan adalah ego yg tidak
sudah-sudah. Apa tah lagi dua- dua pihak ada ego. Kalau nak menang turunkan ego. Kalau tidak yang menang dan
kalah masuk neraka. Sama-sama rugi dan hancur.
Asas perpecahan ialah tolak takdir
Allah. Tak terima percaturan Allah. Awas jangan sampai Allah murka.
Asas ketidaksetiaan ialah ramai
melakukan dosa kepada Allah. Jadi taubatlah. Fitnah, umpat dan tidak menerima
ketentuan Allah adalah dosa.
Malulah kepada Allah kerana dengan sikap kalian musuh bertempik gembira. Tunggu dua-dua tersungkur. Musuh Islam yang untung dengan perpecahan sesama Islam. Inilah yang diharapkan direncanakan oleh bukan Islam.
Mereka tahu, selagi umat Islam bersatu dan patuh perintah Allah,
maka peluang untuk mereka berkuasa tidak akan berjaya. Tetapi
sekarang sesama Islam bergaduh. Mereka
bertepuk tangan dan menanti masa terbaik untuk mereka berkuasa.
Islam agama amat mementingkan perpaduan
berdasarkan kepada satu matlamat iaitu mencari keredaan Allah. Malang sekali umat Islam saling
bermusuhan untuk menjayakan misi kepuasan hati sendiri.
Firman Allah dalam surah al-Anbiya, ayat 92
bermaksud: “Sesungguhnya (agama Islam) ini adalah agama kamu semua, agama yang
satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.”
Rasulullah pernah memperkatakan tentang akan
berlaku perpecahan di kalangan umat Islam. Hadis diriwayatkan oleh Tirmizi
bermaksud: “Orang Yahudi berpecah kepada 72 golongan dan orang Nasrani juga
berpecah sebanyak itu, tetapi umatku akan berpecah kepada 73 golongan.”
Daripada 73 golongan itu, hanya satu golongan
akan memasuki syurga, sedangkan yang lain itu bakal menghuni neraka. Golongan yang dibalaskan neraka sudah
tentu disebabkan ingkar perintah Allah dan Rasulullah.
No comments:
Post a Comment