Kalau ada tanah kosong atau masih belum diisi
dengan apa-apa, elok jika ditanam dengan pokok kelapa atau pokok buah-buahan. Berbudi
kepada tanah tentu ada hasilnya.
Memang kalau setakat tanam tiga empat pokok tidak
boleh jadi kaya pun. Eh... memang bukan hendak menjadi kaya pun. Kalau hendak kaya
kena tanam beri-ribu pokok. Itu sudah dikira ladang kelapa.
Tanam tiga empat pokok sekadar memanfaatkan tanah
kosong. Pokok kelapa dan pokok buah-buahan tidak perlu penjagaan rapi. Pada permulaan
perlulah siram dengan air. Masa seterusnya ia akan membesar tanpa pengawasan. Kalau
hendak cepat membesar, kenalah bubuh baja yang sesuai dengannya.
Pokok terus membesar dan apabila tiba masanya
kita mungkin tidak sedar ia sudah berbuah. Itulah dinamakan hasil menanam. Rezeki
yang kecil ini sebenarnya cukup bermakna. Hasil dari usaha sendiri.
Pokok kelapa dan sebagainya akan mengeluarkan hasil untuk tempoh masa yang lama. Berbuah dan terus berbuah. Sekali tanam tetapi hasilnya berterusan.
Pokok kelapa boleh mengeluarkan hasil sehingga berpuluh-puluh tahun secara berterusan. Maka berpuluh-puluh tahunlah si penanamnya mendapat pahala. Ia juga boleh dianggap sedekah kepada orang lain apabila kita meninggal dunia. Pahalanya berkekalan selagi pokok itu mengeluarkan buah dan terus dimanfaatkan oleh orang lain.

Jangan biarkan tanah tanpa ditanam dengan apa-apa
yang boleh memberikan hasil. Setiap pokok yang ditanam memberikan pahala. Kalau
kita tidak makan buahnya, jika dimakan binatang pun dikira sedekah yang memberi
pahala.
Gunakan sedikit tenaga dan mungkin sejumlah kecil
wang untuk mendapatkan benih dan baja sebagai satu usaha menanam. Jadikan menanam
sebagai satu hobi.
No comments:
Post a Comment