Thursday 29 October 2020

LANTIK 3 TIMBALAN PERDANA MENTERI SERENTAK?

Memang terkejut besar ambo apabila mendapat khabar mengejutkan bahawa tiga orang telah dilantik mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM). Berita ini memang belum disahkan, tetapi ia tersebar luas di media sosial apabila ada poster mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga pemimpin berkenaan.

Memang tidak percaya, tetapi itu dikatakan akan berlaku. Kalau ia benar-benar berlaku, ini sudah dikira satu rekod yang tidak pernah berlaku di dalam sistem pemerintahan negara ada tiga TPM serentak.

Itu intro artikel yang tidak akan diteruskan. Cukuplah sekadar dua perenggan itu.

Inilah contoh, kalau tidak pasti jangan kongsi. Macam-macam berita dan gambar yang tersebar sebenarnya berita palsu atau setengah dianggap sebagai sindiran dan gurauan.

Mengambil kesempatan keadaan mengenai siapakah yang bakal dilantik menjadi TPM ada pihak yang membuat poster mengucapkan tahniah kepada pemimpin yang dikatakan disebut-sebut bakal dilantik sebagai TPM. Tidak pasti sama ada poster itu dibuat oleh individu sama atau berlainan.

Perkara serius tidak patut dibuat gurauan. Carilah bentuk jenaka lain yang lebih menghiburkan berbanding cerita sebegini. 

 

No comments:

Post a Comment