Wednesday 4 November 2020

MALAYSIA MAMPU BERI PERKHIDMATAN KESIHATAN PERCUMA

KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Malaysia adalah di antara negara di dunia yang mampu memberi perkhidmatan kesihatan percuma kepada seluruh rakyat dan ia adalah sesuatu yang patut dibanggakan, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri.

Beliau berkata peruntukan yang disediakan bagi maksud penyediaan perkhidmatan kesihatan ialah sekitar RM 30.6 billion setahun.

“Setakat ini kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan program Insuran Kesihatan (National Health Insurance) merangkumi semua rakyat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) yang ingin tahu sekiranya kerajaan bercadang untuk menubuhkan Insurans Kesihatan atau Kad Kesihatan kepada seluruh rakyat bagi kes penyakit serius atau pembedahan. 

 

No comments:

Post a Comment