Wednesday 4 November 2020

PELAJAR PRAKTIKAL BAWAH KUASA PIHAK MANA?

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob mengumumkan atau membuat kenyataan semasa Sidang Media Khas Covid-19 mengenai kedudukan pelajar praktikal bukan di bawah tanggungan Kementerian Pengajian Tinggi, namun ianya di bawah tanggungan majikan. Majikan dimohon supaya membenarkan pelajar praktikal pelepasan, supaya pelajar berkenaan tidak berada di tempat kerja.

Selepas kenyataan itu, banyak warganet yang membuat kenyataan bahawa selagi seseorang itu bergelar ‘pelaja’ maka ia masih di bawah Kementerian Pengajian Tinggi kerana mereka masih membayar yuran pengajian dan memegang status pelajar.

Jangan kusutkan perkara mudah untuk difaham. Beberapa analogi boleh dibuat untuk memudahkan kefahaman.

Analogi mudah yang pertama. Seorang anak perempuan yang sudah berkahwin adalah terletak di bawah jagaan atau kuasa suaminya. Namun, biarpun sudah berkahwin, anak perempuan itu tetap menjadi anak kepada bapanya, biarpun hak terhadap wanita itu telah berpindah kepada suaminya.

Analogi kedua. Anak kita tinggal di asrama. Di mana pun dia tinggal, anak kita tetap anak kita. Status itu tidak berubah. Namun, tentu sekali kita tidak boleh sewenangnya membuat keputusan atau tindakan berkaitan anak kita sepanjang dia berada di asrama. Undang-undang dan peraturan asrama perlu dipatuhi.

Analogi yang lebih dekat dengan situasi yang berbangkit sekarang. Anak kita berkerja di satu tempat di bawah satu majikan. Anak kita tetap anak kita. Tetapi, dalam segala urusan berkaitan kerja adalah tertakluk kepada majikan.

Jadi, tentu tidak susah untuk kita faham mengenai siapa sebenarnya berhak membenarkan pelajar praktikal pelepasan, supaya pelajar berkenaan tidak berada di tempat kerja.

Oleh itu, benar dan tepat apa yang diumumkan oleh Ismail Sabri. Jangan kecoh-kecoh dalam keadaan wabak Covid-19 masih mengganas. Baik kita semua fikirkan tentang bagaimana hendak lakukan amalan Kita Jaga Kita.


No comments:

Post a Comment