Sekarang ada tiga jenis kunyit yang terkenal iaitu kunyit kuning, kenyit putih dan kunyit hitam. Biasanya kita kenal dan menggunakan kunyit kuning. Bahkan, warna kuning telah disinonim dengan warna kunyit.
Artikel ini akan berkongsi sedikit maklumt mengenai kunyit putih. Secara umumnya, ciri-kira kunyit putih tidak banyak bezanya dengan kunyit kuning dan kunyit hitam. Nama lain kunyit putih ialah kunyit puteri.
Dinamakan kenyit putih disebabkan warna kunyit itu seakan-akan putih atau warna halia. Ciri lain untuk mengenali kunyit putih ialah belakang daunnya ada lorek warna merah.
Untuk menanam kunyit putih juga tidak bezanya dengan kunyit kuning. Kunyit putih boleh ditanam di kawasan teduh mahupun yang mendapat cahaya matahari secara terus.
Kunyit putih menghasilkan umbisi yang boleh diambil setelah usia tanaman kira-kira 8 - 11 bulan. Ciri-ciri yang ditunjukkan antara lain mulai bergugurannya daun tanaman, munculnya daun yang berwarna kuning, dan terjadi kelayuan pada tanaman.
Terdapat banyak sekali manfaat kunyit putih di mana kajian juga sudah dijalankan dengan ujian farmakologi, toksikologi pada binatang sehinggalah ujian klinikal tentang manfaat ekstrak kunyit putih untuk terapi kanser.
Dalam bidang perbidanan kunyit putih berkhasiat bagi membersihkan organ-organ peranakan wanita selain dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Sifat antioksidan nya juga dapat menahan zat radikal bebas penyebab tumbuhnya sel kanser, anti inflamasi (keradangan) serta dapat meningkatkan sel darah merah.
No comments:
Post a Comment