Wednesday 20 January 2021

BANYAK ORANG TIDAK TAHU KHASIAT CILI

Cili atau lada rasanya pedas. Banyak orang tidak tahan makan lada. Bukan setakat tidak tahan pedas, bahkan ada orang yang perut sensitif akan meragam jika makan pedas.

Selain dinamakan cili dan lada, ia juga dipanggil cabai. Cabai ada banyak jenis. Ada berbuah bulat dan setengahnya panjang. Ada yang kecil dan tidak kurang juga agak besar.

Sebenarnya, makan lada baik untuk kesihatan. Lada kaya dengan Vitamin C dan beta-carotene yang bersifat antioksidan dan mampu membasmi racun dalam badan sekaligus berupaya menentang serangan penyakit.

Lada juga mampu membakar kalori dan meningkatkan metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan, selain menstabilkan sistem penghadaman dan meningkatkan sistem imunisasi.

Berikut ini beberapa kebaikan yang ada dalam cili: 

Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah. Kajian membuktikan cili boleh mengawal tahap insulin selepas makan. Paras gula dalam darah berkurang sehingga 60% selepas makan cili. Orang yang kencing manis dan tinggi berat badan makan cili baik untuk anda. Tetapi jangan dikunyah-kunyah macam sireh tiap masa.

Menjadi Punca Hormon Endorfin. Dalam satu penyelidikan didapati cili membuatkan otak kita melepaskan endorfin. Iaitu hormon yang bertindak untuk menghilangkan rasa sakit yang dialami oleh tubuh badan.

Penyenang Fikiran Dan Jiwa. Tentu anda berasa pelik, cili rasa pedas tapi anda suka juga dan puas makan cili sehingga kalau tiada cili dalam masakan rasa tiada kepuasan. Ini kerana hormon endorfin yang dikeluarkan otak memberi nikmat semasa makan dan ketagih serta menaikkan selera anda walaupun ianya pedas.

Menyihatkan Jantung Dan Elak Strok. Cili meningkatkan peredaran darah yang dapat mengelak daripada risiko serangan jantung dan strok.

Mencegah Kanser Prostat. Ada kajian mengatakan bahawa siapa makan cili risiko dapat kanser prostat rendah.

Sebagai Antibiotik. Lada ada ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang. lada membantu melancarkan peredaran darah dan bawa darah putih melawan jangkitan kuman.

Melegakan selsema Dan Asma. Cili dapat melegakan hidung yang tersumbat dengan meningkatkan metabolisme. Ia juga berfungsi mengembangkan saluran udara paru-paru dan mengurangkan asma. Jadi sesiapa rasa dada sempit atau asma nak menyerang, cuba-cubalah makan cili.

Membantu Bakar Lemak. Cili meningkatkan kadar metabolisme dan pembakaran lemak. Kajian menunjukkan cili mampu meningkatkan kadar metabolisme anda sehingga 23% hanya dalam masa 3 jam. Bagi sesiapa nak turunkan berat badan, makanlah cili dalam diet anda.

Sebagai Antioksidan. Cili ada vitamin C dan A yang mengandungi beta-karoten yang merupakan antioksidan. Ia membantu memusnahkan bahan-bahan radikal bebas. Radikal bebas yang bergerak dalam badan kita akan merosakan sel-sel dan saraf kita.

No comments:

Post a Comment