Wednesday 3 February 2021

KHASIAT DAGING BURUNG MERPATI

Di Malaysia, amalan makan daging burung merpati tidak terkenal berbanding burung puyuh. Berbeza di negara seperti Perancis, Amerika, Itali, Maghribi, Mesir dan beberapa negara di Asia, makan daging burung merpati dianggap satu amalan biasa. 

Makan daging burung merpati banyak kebaikan. Ini kerana daging burung merpati kaya khsiat. Anak-anak yang kerap diberikan makan daging burung merpati didapati lebih cemerlang dan cergas.

Dipercayai makan daging burung merpati sangat baik untuk kecergas minda. 

Daging burung merpati mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Ia sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama bagi kanak-kanak dan pelajar.

Sifat daging merpati adalah panas dan basah. Daging merpati liar lebih tinggi sedikit tingkat kebasahanya. Namun anak burung merpati yang dipelihara adalah lebih tinggi sifat basah pada dagingnya.

Burung merpati muda yang sedang berkembang lebih ringan dagingnya dan lebih berkhasiat.

Kebanyakkan merpati yang diternak untuk daging adalah dari jenis merpati Carneau, French Mondaine dan King.

Cara untuk menikmati daging burung merpati ini boleh pelbagai variasi mengikut selera masing-masing. Namun, cara terbaik untuk mnikmati kesegaran daging merpati dan khasiatnya, sangatlah digalakkan kita untuk memasak sebagai masakan sup burung merpati.

Dikatakan amalan memakan burung merpati jantan adalah berkhasiat untuk membantu mengubati penyakit-penyakit seperti penyakit lembik, penyakit kebas-kebas badan dan penyakit lumpuh serta kebahagian rumah tangga.





No comments:

Post a Comment