Wednesday 17 March 2021

KEKAL KETETAPAN TIADA KERJASAMA DENGAN PKR, DAP

Keputusan atau ketetapan tidak mengadakan kerjasama dengan PKR dan DAP dibuat di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019. Jadi, sebarang ketetapan sebaliknya juga perlu dibuat di PAU.

Setakat ini, perubahan belum dibuat. Justeru, ia terus kekal sebagai satu ketetapan dasar UMNO dan masih terpakai sehingga sekarang.

PAU 2020 yang akan diadakan nanti tidak memasukkan agenda perbincangan mengenai kerjasama dengan PKR dan DAP. Yang akan dibincangkan ialah membuat ketetapan berkaitan hubungan dengan Bersatu pada PRU15 nanti.

Di peringkat MKT UMNO telah memutuskan tiada kerjasama dengan Bersatu pada PRU15 dan ia perlu disahkan di PAU 2020 nanti.

Jelas sekali, soal dasar UMNO tidak hanya diputuskan oleh segelintir pemimpin sahaja. Sebaliknya ia diputuskan dan dimuktamadkan di PAU yang dibuat secara bersama melibatkan kepimpinan semua peringkat.

Jika dimuktamatkan tidak ada kerjasama dengan Bersatu, tidak bermakna UMNO akan mengadakan kerjasama dengan parti lain.

Ahli UMNO tidak perlu gusar tentang kononnya ada rundingan dan kerjasama rasmi politik dengan UMNO dengan PRK yang seperti didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anggaplah itu adalah hak beliau untuk bercakap sepertimana selama ini beliau tidak berhenti bercakap apa sahaja perkara yang ingin dicakapkan.

Ahli UMNO tidak perlu menari mengikut rentak orang lain sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada pengukuhan dalaman parti sendiri di samping usaha keras memenangi keyakinan rakyat.

UMNO perlu memenangi sokongan rakyat dengan tawaran dan visi yang lebih baik daripada pesaing parti.

Tanpa sokongan rakyat, UMNO tidak akan mampu peroleh kedudukan dominan seperti diharapkan seluruh pejuang parti yang berpegang teguh kepada sejarah dan potensi dalam mendepani perjuangan agama bangsa dan tanah air.

No comments:

Post a Comment