Sunday 21 March 2021

PARTI MUDA BUKAN UNTUK GOLONGAN BELIA SAHAJA


Parti Muda bukan ditubuhkan untuk orang muda. Tidak kira umur muda atau tua boleh sertai Parti Muda. Parti Muda ringkasan kepada Malaysia United Democratic Alliance (MUDA) atau dalam bahasa Malaysia Ikatan Demokratik Malaysia.

Kepada orang muda yang bergitu berharap akan dipimpin oleh pemimpin muda juga terkeliru dengan nama.

Individu menubuhkan MUDA tidak mudapun, walaupun masih dianggap muda berbanding pemimpin sudah warga platinum.

Individu yang mengasaskan MUDA diyakini akan terus menerajui MUDA biarpun umur sudah masuk kategori tua.

Kalau golongan muda ingin menyertai parti politik, mereka boleh bersama-sama berjuang dalam parti melalui sayap pemuda dan puteri. UMNO bersedia menerima dan mengalu-alukan penyertaan golongan muda.

 

No comments:

Post a Comment