Sunday 21 March 2021

PROPAGANDA KERJASAMA UMNO, ANWAR, DAP

Umum mengetahui, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah memutuskan tidak akan ada sebarang bentuk kerjasama dengan PKR dan DAP dalam PRU15 nanti. Keputusan tersebut tidak pernah diubah dan kekal sah.

Penafian akan terbentuk kerjasama dengan PKR dan DAP turut dibuat berulang kali untuk pemimpin tertinggi UMNO. Dan mereka senada mengulangi keputusan dibuat oleh MKT itu.

Terbaharu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pimpinan tertinggi parti telah membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan parti itu dan keputusan itu tidak pernah berganjak.

Justeru, tindakan disiplin akan dikenakan sekiranya terdapat ahli dan pemimpin UMNO yang didapati menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP.

“UMNO tidak akan jalinkan kerjasama dengan Anwar, PKR dan DAP dalam PRU15 nanti dan ini keputusan MKT UMNO, kata Ismail Sabri

Isu ini hangat diperkatakan apabila Anwar mengatakan telah berunding dengan pemimpin tertinggi UMNO kemungkinan wujud kerjasama dengan parti berkenaan pada PRU15 nanti.

Ismail Sabri turut mengingatkan semua ahli UMNO termasuk pemimpin supaya tidak terpedaya dengan kenyataan Anwar yang mungkin mempunyai agenda tersendiri untuk memecahbelahkan parti itu.

"Kalau itu setakat keinginan dia, saya serahkan pada dia, itu hak dia tetapi kita takut ia boleh memecahbelahkan kita di dalam parti.

"Saya takut ada (rasa) curiga antara satu sama lain yang akhirnya menyebabkan kita berpecah dan sebab itu, saya harap kita jangan dipengaruhi kenyataan yang dikeluarkannya," katanya.

Banyak penganalisa politik berpendapat isu dibangkitkan Anwar itu sekadar satu propaganda politik untuk memecah belahkan UMNO.

No comments:

Post a Comment