UMNO
membayangkan akan mengadakan pemilihan parti itu yang dijadualkan berlangsung
pada Jun depan.
Setiausaha
Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti akan menulis surat kepada
Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi
mendapatkan nasihat berkenan pemilihan parti itu.
Hal itu penting bagi memastikan kelancaran
proses pemilihan selaras peraturan dan undang-undang selain prosedur operasi
standard (SOP) Covid-19.
Ketetapan
tersebut dibuat pada mesyuarat MKT pada 25 April lepas juga memutuskan untuk
menghantar surat kepada Ketua Pengarah ROS dan Ketua Pengarah MKN bagi meminta
nasihat dan garis panduan bagaimana untuk UMNO menjalankan pemilihan parti pada
tahun ini selaras peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO dan SOP
Covid-19.
Nasihat
dan garis panduan dari kedua-duanya bagi memastikan proses pemilihan parti yang
bakal melibatkan mesyuarat perwakilan UMNO cawangan-cawangan termasuk
sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri berjumlah 66,287 mesyuarat di semua 191
Bahagian seluruh negara.
Pemilihan itu melibatkan ahli seramai hampir 3.3 juta orang dapat
diadakan dengan berkesan dan lancar, mengambil kira jumlah jangkitan Covid-19
yang meningkat sekarang ini.
Berdasarkan
senario itu, tidak mudah untuk melaksanakan pemilihan UMNO kali ini melibatkan
3.3 juta ahli.
Sebaliknya untuk mengadakan mesyurat Palimen tidak sukar kerana
hanya melibatkan lebih kurang 600 orang mengandaikan 220 ahli Parlimen membawa
seorang pembantu dan juga petugas lain, termasuk keselamatan dan media.
Kalau
pemilihan UMNO’dinasihatkan "agar" diadakan, maka adalah "dinasihatkan" agar Parlimen
perlu dibuka segera.
No comments:
Post a Comment