Thursday 29 April 2021

PPBM AKAN PASTIKAN UMNO BERKUBUR

Pemimpin dan ahli UMNO yang pro kepada PPBM, elok sahaja menyertai parti berkenaan. Ikut sahaja seperti dilakukan kluster katak. PPBM pasti menerima dengan senang hati.

Sebaliknya, jika masih sayangkan UMNO, putuskan hubungan dengan PPBM apabila Parlimen dibubarkan seperti yang telah diputuskan oleh MKT UMNO. Tidak dengan PKR, tidak dengan DAP dan tidak dengan PPBM.

Hubungan sekarang atas dasar membentuk kerajaan untuk menyelesaikan kemelut politik negara apabila gagal menamakan Perdana Menteri untuk menggantikan Tun Mahathir.

Pemimpin UMNO kena ingat, jika mereka bersama PPBM dalam PRU15, mereka akan kekal menjadi khadam PPBM. UMNO akan dilemahkan perlahan-lahan sehingga tidak mampu lagi meneruskan fungsi sebagai parti memperjuangkan Islam Melayu.

Sebab itu PPBM ingin terus kekal dikerusi kluster katak yang dimenangi UMNO.

PPBM ditubuhkan sebagai pesaing UMNO. PPBM bermatlamt untuk mematikan UMNO. PPBM bukan kawan UMNO.

Dalam persaingan, kalau kita tidak membunuh lawan, lawan akan membunuh kita. Dibunuh atau membunuh. UMNO kena buat pilihan. Fakta itu perlu disedari. 

No comments:

Post a Comment