Thursday 1 July 2021

BUKU TIGA LIMA 555 CATAT HUTANG

Sistem hutang telah lama dalam masyarakat kita. Bahkan berhutang telah berlaku dalam hampir semua tamadun. Pada zaman permulaan Islam telah berlaku amalan berhutang.

Sebab itu dalam al-Quran dan hadis ada disebut berkaitan hutang.

Allah SWT berfirman: "Wahai orang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang-piutang yang diberi tempoh hingga suatu masa tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu." (Surah Al-Baqarah, ayat 282)

Pada era negara baharu mencapai kemerdekaan, kehidupan rakyat agak susah. Banyak yang menyertai rancangan tanah sebagai peneroka.

Hidup amat susah sehingga keperluan hidup seharia tidak mampu disediakan dengan secukupnya. Sebab itu mereka terpaksa berhutang, terutama untuk menyediakan keperluan makan minum atau barang dapur.

Pembelian secara hutang itu dibuat di koperasi atau kedai runcit. Cukup bulan baharu bayar.

Buku hutang itu ditulis di buku kecil yang biasanya dipanggil ‘buku 555’ atau ‘buku tiga lama’.

Buku tersebut disediakan oleh penjual dan disimpan oleh penjual. Setiap pembeli atau peminjam ada satu buku tiga lima.

Menariknya, ada penjual yang percaya dengan pembeli kerana hubungan rapat, membiarkan pembeli sendiri menulis jumlah setiap kali membeli.

Buku hutang itu diletakkan di tempat khas dan setiap pembeli mencari sendiri buku hutangnya untuk menulis jumlah setiap kali membeli.

Namun, disebabkan pada masa itu banyak yang tidak tahu membaca dan menulis, maka penjual perlu menulis sendiri.

Apapun, itulah nostalgia yang sekarang ini tidak lagi ada buku tiga lima, biarpun amalan berhutang masih lagi belaku.

Sistem berhutang sekarang lebih melibatkan institusi bank atau kewangan yang mana catatan atau rekod dilakukan secara komputer atau aplikasi khas.

No comments:

Post a Comment