Saturday 31 July 2021

BERITA BAIK KHABAR BURUK TIADA PENGHUJUNG

Berita baik, PKP dah habis nak berkelah di pantai.

Berita buruk, hujan turun lebatlah pulak.

Berita baik, ada payung masih boleh ke pantai.

Berita buruk, angin kuat payung terbang.

Berita baik, payung tersangkut di pokok kelapa.

Berita buruk, buah kelapa gugur terkena kepala.

Berita baik, kelapa komeng taklah mencederakan....

Apa yang baik kadangkala tak berkesudahan dengan yang baik, apa yang tak baik mungkin tak seburuk yang di sangka.

Doalah yang terbaik namun bersedia menghadapi situasi yang terburuk.

FB Shabery Cheek
31 Julai 2021

 

No comments:

Post a Comment