Friday 6 August 2021

TUKUN TIRUAN EKOSISTEM HIDUPAN LAUT

Membina tukun tiruan adalah sebagai satu cara atau usaha untuk menjadikan sesuatu kawasan laut tempat lubuk baharu bagi tangkapan ikan.

Tukun tiruan yang dilabuhkan dengan kedalaman melebihi 10 meter di tengah laut bakal bertukar sebagai lokasi dan destinasi kunjungan pemancing selepas setahun.

Tukun tiruan yang diperbuat daripada simen mampu membentuk ekosistem dasar laut sebagai lubuk ikan yang memberi hasil kepada nelayan pantai dan pemancing.

Kawasan tukun tiruan juga turut berfungsi sebagai santuari yang menyediakan kawasan pembiakan atau nurseri untuk ikan dan lain-lain hidupan marin.

Tukun tiruan menjadi pelindung habitat marin yang musnah akibat aktiviti perikanan dan bencana alam. Pembinaan tukun tiruan turut menjadi elemen benteng penahanan ombak dan arus deras bagi mengawal hakisan pantai.

Lokasi tukun tiruan juga dijadikan sebagai destinasi agro pelancongan untuk aktiviti perikanan rekreasi, selam skuba termasuk tempat kajian dan penyelidikan saintifik.

Berdasarkan pemerhatian dan kajian, lokasi tukun tiruan dijadikan hidupan laut sebagai tempat yang paling selamat untuk membiak kerana bebas daripada zon pukat tunda.

No comments:

Post a Comment