Monday 29 November 2021

REPUBLIK BARBADOS TERKENAL INDUSTRI PELANCONGAN

 
Barbados adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di persempadan Laut Caribbean dan Laut Atlantik.Merangkumi salah satu daripada gugusan pulau Antillen Kecil, Barbados terletak di bahagian sebelah timur gugusan tersebut.

Barbados masyhur dengan industri pelancongannya dan dikenali sebagai  Little England atau England Kecil bagi kepulauan Caribbean kerana pengaruh Britain yang kuat di pulau itu.

Pulau Barbados terletak 2585 km dari tenggara Miami, Florida Amerika Syarikat dan 860 km dari Caracas, Venezuela. Luas keseluruhan negaranya hanya 430 kilometer persegi,

Barbados merupakan sebuah pulau yang agak datar yang semakin mencuram di kawasan pusat tanah tinggi dengan puncak tertinggi ialah Gunung Hillaby (336 m).

Barbados telah mencapai status kerajaan dalaman sendiri pada 1961 dan mencapai kemerdekaan pada 30 November 1966.

Pada 15 September 2020, pemimpin Barbados mengumumkan pelaksanaan membubarkan kuasa beraja dan beralih sebagai suatu negara republik pada 30 November 2021.

Bermula 30 November 2021, Barbados menjadi sebuah negara republik sepenuhnya. Dengan status republik, Barbados secara rasminya memutuskan hubungan dengan monarki British.

Barbados akan diketuai oleh seorang presiden di kalangan rakyatnya sendiri. Presiden pertama Republik Barbados ialah Sandra Mason.

Penduduk negara ini biasa menyebut diri mereka sebagai Barbadian atau Bajan. 93% dari penduduk negaranya berkulit hitam, hanya 3,2% saja yang berkulit putih dan bakinya etnis campuran 2,6%, menyusul berbagai suku India 1% dan etnis lainnya 0,2%.

Jumlah penduduknya sekitar 287 ribu berdasarkan data tahun 2020 dengan hampir separuh menetap di kota Bridgetown, ibu negara negara berkenaan.

Majoriti penduduk Barbados menganut agama Kristian dengan peratusan sekitar 63 peratus daripada jumlah penduduk. Penganut agama Islam di Barbados sekitar 4000 orang. 


Gambar: Sumber dari internet

No comments:

Post a Comment