Wednesday 24 November 2021

LAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI TANJONG KARANG

Laman Agroteknologi Mardi Tanjong Karang, menyediakan pengalaman baharu kepada generasi muda untuk menikmati suasana kampung, khususnya yang mempunyai kaitan dengan industri penanaman padi.

Sesuatu pengalaman biasa bagi mereka yang tinggal di persekitaran kampung dan sawah, tetapi menjadi sesuatu yang amat mengujakan kepada mereka yang kali pertama mengalaminya.

Pengunjung boleh menikmati pakej-pakej yang disediakan seperti:
- Lawatan Galeri Inovasi Padi + demo memproses beras.
- Aktiviti bersampan.
- Aktiviti berbasikal di dalam kawasan sawah padi.
- Aktiviti memancing ikan
- Aktiviti menanam padi
- Aktiviti menangkap ikan
- Aktiviti minum air kelapa muda.

Jom ramai ramai datang dan rasai pengalaman menarik ini.






No comments:

Post a Comment