Tuesday 14 December 2021

BUAH CIKU BESAR TANAM DALAM PASU

Sekarang ini tidak sukar untuk menanam pokok buah-buahan asalkan ada minat dan keinginan. Bagi mereka yang sekadar ingin menjadikan hobi, tidak perlu ada kawasan tanah yang luas.

Sekarang ini banyak jenis pokok buah-buahan yang ditut dan penghasilan baka baharu yang pokoknya kecil dan cepat berbuah. Bahkan, boleh ditanam di dalam pasu dan diletakkan di kawasan rumah.

Antara jenis pokok tersebut ialah cuki atau dalam dialek Kelantan dipanggil buah sawo nila. Buahnya besar. Maka digelar ciku mega atau ciku buah besar. Baka cepat berbuah dan mudah dijaga.

Kepada yang ingin mendapatkan baka ciku buah besar ini boleh membeli secara dalam talian. Taip sahaja ciku buah besar atau ciku mega. Insya-Allah akan ditemui laman sesawang penjual. 

No comments:

Post a Comment