Pada 4 April 2020 dulu masa awal Covid 19
saya pernah bantu keluarga muda empat beranak ini yang tinggal di rumah
keluarga sebelah isteri di Cabang Tiga Rantau Panjang, Kelantan.
Ira @ Siti Hajar, isteri kepada Faiz @ Mohd
Izlan, oku cacat penglihatan. Suami tidak dapat @ pernah bekerja. Hanya
dia yang berkerja 2 hari seminggu sebagai pembantu gerai pasar malam setiap Jumaat
dan Sabtu. Kerja dua hari dapat gaji RM50. Selain duit
bantuan JKM sebanyak RM250 sebulan yang diterima suami.
Saya dihubungi Ira sendiri beritahu mereka
putus makanan akibat tiada pendapatan kerana tidak dapat bekerja bila pasar
malam dilarang beroperasi.
Dalam masa sama mereka sekeluarga semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) lagi boleh dikatakan jarang mendapat bantuan sama ada
makanan atau bantuan lain dari mana-mana
pihak. Nasib baik keluarga tolong berkongsi rezeki sikit-sikit. Mungkin
tercicir atau terlepas pandang oleh pihak yang berkenaan. Atau mungkin kerana
mereka dah dapat bantuan JKM sebanyak RM250..
Hasil perkongsian saya mengenai keluarga
ini di Facebook, alhamdulillah bantuan orang ramai datang mencurah-curah sama ada
bantuan makanan mahu pun wang ringgit.
Jumlah keseluruhan duit yang diterima dalam
hanya berapa hari sahaja berjumlah RM50,000 lebih.
Banyak tuh... saya sendiri pun terkejut boleh
sebanyak itu. Syukur. Murah sungguh rezeki mereka.
Beberapa bulan kemudian iaitu awal 2021, empat beranak itu berpindah menumpang di rumah ibu bapa Faiz di Kampung Bunut Susu, Pasir
Mas.
Itu kisah imbas balik di Cabang Tiga, Rantau
Panjang. Diteruskan pengkisahan di Bunut Susu, Pasir Mas.
Kini sekali lagi mereka minta tolong. Dua
hari lepas setelah setahun lebih tidak berhubung antara kami, tiba-tiba dapat pesanan
dari Ira bertanyakan bantuan.
Kali ini lebih kepada bantuan untuk pemasangan
elektrik dan air di rumah baharu mereka.
Rupa-rupanya beliau sekeluarga sudah berapa
bulan tinggal di rumah baharu yang dibina berperingkat-peringkat hasil dari
duit RM50,000 lebih yang diderma orang ramai semasa di Cabang Tiga, Rantau
Panjang dahulu.
Saya tanya sebelum ni ada ke sesiapa mari
tolong mohon rumah bantuan kerajaan atau sudahkah membuat permohonan rumah
bantuan kerajaan. Dia jawab ada buat tapi jawapan hampa.
Rumah yang berkeluasan lebih 700 kaki
persegi dengan 2 bilik dan 1 bilik air boleh dikatakan siap sepenuhnya, cuma
belum dibuat pemasangan elektrik dan air disebabkan kehabisan bajet.
Buat masa sekarang mereka 'menumpang' elektrik
dan air dari rumah ibu bapa Faiz yang berdekatan.
Kebelakangan ini mereka juga mengalami
kesuntukan duit untuk menyara makan minum mereka sekeluarga. Hanya bergantung dengan
duit bantuan JKM RM300 dan ihsan keluarga mentua.
Jika sebelum ini Ira bekerja sebagai
pembantu kantin sekolah tetapi terpaksa berhenti kerja kerana beliau sendiri
mempunyai masalah kesihatan, kencing manis dan akhir-akhir ini penglihatan mula
rabun..nak jadi supo Faiz.
Di rumah beliau, bekerja ambil upah kopek
nyior. Dapat upah RM13 sehari.
Semasa saya datang ziarah hari ini, Ira
sudah beberapa hari tidak dapat mengopek nyior kerana orang hok 'rukas' kelapa
pula uzur.
Itulah ceritanya..maaf panjang saya menulis.
Akhir sekali saya tanya Ira dan Faiz apa
yang boleh atau nak saya bantu. Dengan nada perlahan serta malu-malu, mereka
sepakat minta saya tolong cari bantuan atau tular pula untuk dapatkan sumbangan
duit bagi:
1. Pemasangan elektrik
2. Masuk air paip
3. Buat sutuh depan atau peneduh muka pintu
utama
Orang ramai, sahabat-sahabat yang simpati dan
ingin membantu keluarga ini boleh hulurkan sumbangan terus ke akaun bank milik Faiz @
Mohd Izlan.:
MOHAMAD IZLAN ISKANDAR BIN MOHD NASIR
AGRO BANK - 200611000202017
Sebarang pertanyaan hubungi Ira @ Siti
Hajar +60 17-939 4781
Alamat rumah:
Kampung Paya Ular, Bunut Susu
17020 Pasir Mas, Kelantan
PAKAT-pakat BANTU. KASIHAN MEREKA TIADA
TEMPAT MINTA TOLONG
Sumber FB Amran Rahman
No comments:
Post a Comment