Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang,
mendakwa mereka enggan kembali bekerjasama dengan DAP disebabkan parti itu
bersifat ekstrem, cauvinis serta jelmaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di
Singapura.
Beliau berkata, ketika Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU14), Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengajak PAS untuk bekerjasama
dengan DAP dan PKR, namun ia ditolak disebabkan PAS baru saja keluar Pakatan
Rakyat.
"Tun (Dr Mahathir) mengemukakan
cadangan untuk membuat pakatan yang ada DAP, PKR, AMANAH bergabung untuk
menjatuhkan Barisan Nasional (BN).
"Tetapi saya tidak setuju, saya
beritahu (pada Dr Mahathir) kita baru saja keluar sebab bercanggah dengan parti
itu. Tidak betul untuk masuk semula selepas dah keluar.
"DAP adalah parti yang cauvinis
jelmaan PAP di Singapura. DAP juga adalah parti yang sangat ekstrem dan saya
terangkan kenapa kita menolak parti itu," katanya dalam ceramah Jelajah
Perdana PN Best yang disiarkan di laman Facebooknya, semalam.
Abdul Hadi berkata, ketika menjadi
kerajaan, Pakatan Harapan (PH) dilihat memulakan tindakan serta kenyataan yang
menggugat sensitiviti bangsa dan agama Islam dan perkara itu membentuk
kerjasama bersama UMNO.
"Mereka memulakan Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang
dilihat mahu menghapuskan peranan agama dan rumpun bangsa. Mereka tahu
sekiranya mengundi di Parlimen, ia akan kalah.
"Jadi saya bangun di Parlimen
mengatakan demokrasi bukan saja di Parlimen, demokrasi bukan saja di pilihan
raya, tetapi rakyat turun di jalan raya dan ia disambut dengan takbir oleh
rakan-rakan UMNO. Selepas itu kita anjurkan perhimpunan," katanya.
No comments:
Post a Comment