Friday 6 January 2023

MASJID MUKIM TANJONG JEMBAL, TAWANG

 
Masjid Mukim Tanjong Jembal dibina sekitar tahun 1975 di tapak sekarang ini. Sebelum itu Masjid Mukim Tanjung Jembal terletak kira-kira 500 meter dari tempat baharu.
 
Perpindahan ke tapak baharu itu kerana ia lebih luas dan terletak berhampiran dengan jalan yang baharu dibuat.
 
Masjid lama diperbuat daripada kayu, manakala masjid baharu diperbuat daripada batu. Dari segi keluasan pula ia, keluasannya hampir empat kali ganda lebih luas.
 
Pembinaan masjid baharu yang lebih luas amat diperlukan selari dengan pertambahan penduduk.
 
Masjid baharu itu dibina dalam bentuk yang ringkas. Apa yang penting ia lebih luas dan lebih selesa.
 
Namun, setelah lebih 40 tahun tanpa dibuat perubahan pada struktur bangunan, kecuali sedikit tambahan pada bahagian belakang yang dibuat sebelum ini, bangunan Masjid Mukim Tanjong Jembal kini banyak berubah wajah.
 
Walaupun tidak banyak mengubah struktur asal bangunan, kekemasan dan keindahannya amat menyerlah berbanding sebelumnya.

Di kawasan masjid juga dibina bangunan dua tingkat untuk pelbagai guna seperti pejabat, kelas agama dan bilik khas. Bangunan baharu itu walaupun bukan sebahagian masjid, tetapi ia memberi nilai tambah kepada kegunaan masjid, terutama aktiviti selain bersembahyang.

Sejarah Kampung Tanjong

No comments:

Post a Comment