Sunday, 1 January 2023

PCAK MEMULAKAN TAHUN BHARU PENUH BERSEMANGAT

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) terus bersemangat untuk melakukan kerja-kerja kebajikan membantu golongan asnaf tidak kira masa, sepanjang tahun. Namun, adat setiap awal tahun baharu, pasti ada hajat atau harapan dititipkan untuk dilakukan sepanjang tahun mendatang.
 
Tahun 2023 ini, PCAK terus berazam untuk meningkatkan jumlah asnaf yang dapat dibantu. Sebenarnya jumlah yang memerlukan bantuan jauh melebihi apa yang mampu disumbangkan oleh PCAK dan NGO kebajikan lain.
 
Hari pertama tahun 2023 aktiviti PCAK dimulakan dengan proses mengisi bahan makanan kering ke dalam bag biru, sebelum ia diagihkan kepada penerima di kalangan asnaf.
 
PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.
 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 
 

No comments:

Post a Comment