Sunday, 1 January 2023

PCAK MEMPAMERKAN KEINDAHAN ISLAM

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) adalah NGO membantu asnaf yang sinonim dengan Islam. Namun, penggerak PCAK ada juga yang bukan beragama Islam. Penyertaan mereka bukan atas nama agama, tetapi kemanusiaan.
 
Asnaf adalah golongan yang telah dijelaskan oleh al-Quran sebagai golongan yang layak menerima bantuan dan disantuni. Hal ini difahami sahabat bukan Islam dan bergerak bersama-sama PCAK membantu asnaf.
 
Keberadaan bukan Islam menjayakan aktiviti PCAK diharap dapat menyuntik semangat sahabat Islam agar lebih berasa ‘tercabar’ untuk turut serta.
 
PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.
 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment