Monday, 6 February 2023

SUASANA TEMPAT KERJA PENGARUHI MOTIVASI

  
Kajian mendapati suasana tempat kerja banyak mempengaruhi motivasi dan tahap pengeluaran pekerja. Dua faktor dikenalpasti banyak mempengaruhi motivasi berdasarkan suasana tempat kerja iaitu suasana fizikal dan susun atur tempat kerja. 
 
Suasana Fizikal. Antara elemen susana fizikal ialah suhu, bunyi, pencahayaan dan mutu udara. 
 
Suhu bilik - Takat suhu di tempat kerja memberi kesan kepada keselesaan. Suhu terlampau panas menyebabkan rasa rimas dan melekit pada badan. Ini tidak baik untuk memberi tumpuan kepada kerja. Manakala suhu yang terlalu sejuk pula menyebabkan gangguan pada kesihatan. Banyak orang alahan kepada suhu sejuk yang menyebabkan selsema dan sukar bernafas. 
 
Takat suhu di pejabat sekitar 20 darjah. Ini amat sesuai dan memberi keselesaan, terutama untuk fikiran yang tenang dan dapat memberi tumpuan menyiapkan tugasan yang perlu disiapkan pada masa ditetapkan.      
 
Maka itu, suhu yang sederhana itu dapat memberi motivasi bekerja yang baik dan tidak mengganggu tugasan. Ia sesuai untuk semua orang dan untuk semua keadaan. 
 
Bunyi - Keadaan pejabat tenang dan semua pekerja tidak dibenar membuat bising. Biarpun ada pekerja yang bertugas sambil mendengar radio, mereka tidak mengganggu sesiapa disebabkan menggunakan alat pendengaran peribadi. Tidak ada sesiapa rasa terganggu. 
 
Suasana sedemikian amat sesuai untuk bertugas dan motivasi mereka untuk menyiapkan tugasan masing-masing dalam keadaan memberangsangkan. 
 
Pencahayaan - Pencahayaan yang baik penting untuk memudahkan tugasan. 
 
Mutu udara - Berkaitan mutu udara, udara segar dan bersih dinikmati oleh para pekerja. Ini dapat membantu mereka menyiapkan tugas dengan rasa selesa, terutama selepas bertugas di luar pejabat. 
 
Sistem pengudaraan dari penghawa dingin mengalirkan udara di sengenap ruang pejabat dengan baik, biarpun keadaan pejabat yang tertutup.  
 
Mutu udara yang baik diakui amat penting kerana membantu sistem pernafasan berjalan lancar. Kalau bernafas dengan baik, sudah tentu perjalanan darah juga baik. Maka, itu kesihatan terjamin terutamanya kesan kepada kesegaran otak. Otak yang baik datang dari badan yang sihat. 
 
Maka itu, suasana yang demikian memberi satu kelebihan untuk pekerja jalankan tugas dengan bersemangat. 
 
Susun atur tempat kerja. Susun atur tempat kerja juga satau eleman penting mempengaruhi motivasi bekerja. Ia melibatkan beberapa aspek seperti berikut. 
 
Keluasan - Untuk bekerja dengan selesa, pekerja perlu ada ruang yang mencukupi. 
 
Selain itu, keseluruhan ruang pejabat juga memudahkn pergerakan pekerja berhubung sesama sendiri. Tegasnya di sini, ruang pejabat cukup luas dan selesan. 
 
Jadi, dengan keadaan ini memudahkan mereka melaksanakan tugas. Tidak ada rasa 'terkongkong' atau 'lemas'. Maka itu, mereka rasa selesa dan tentunya memberi kesan baik untuk mereka melakukan kerja dengan sempurna. 
 
Susun atur kelengkapan - Kawasan yang disediakan perlu memberi kemudahan untuk melaksanakan tugas. Maka itu, mereka dapat peralatan dengan mudah. Tidak perlu banyak bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Jika adapun sesuatu yang memerlukan mereka berjalan ke tampat lain, ia amat jarang berlaku. 
 
Lebih tepat lagi dikatakan, dengan hanya duduk di tempat dikhaskan untuk mereka itu, semua urusan tugas dapat dilakukan dengan baik. Keadaan itu banyak membantu mereka melaksanakan tugas dengan baik dan semangat bekerja sentiasa tinggi. 
 
Kebolehan dan kesediaan - Tidak dinafikan, faktor ini amat penting. Kebolehan menjadi satu aspek yang berbeza dengan kesediaan untuk bekerja. Memeng ada pekerja yang berkebolehan melakukan sesuatu tugas, tetapi mereka tidak bersedia untuk melakukannya disebabkan faktor tertentu.  
 
Begitu juga ada pekerja yang sanggup melakukan sesuatu tugas, tetapi sebenarnya dia tidak berkeupayaan atau tiada kemahiran melaksanakan tugas itu. Maka, itu kebolehan dan kesediaan melakukan tugas perlu ada seiringan bagi melaksnakan tugas. 
 
Jangkaan sosial - Tidak dinafikan, ketika mula-mula bertugas, apa yang penting ialah memastikan agar jawatan disahkan atau terus dikekalkan sebagai pekerja.  
 
Bagaimanapun, setelah itu setiap pekerja mengharapkan mereka berpeluang mendapat peluang lebih baik dari segi jawatan, keselesan tugas, penghormatan dan tentunya dari segi imbuhan. Perkara perlu menjadi sebahagian daripada perancangan pihak oraganisasi. 
 
Jangkaan budaya - Memang satu perkara yang diutamakan dalam budaya kerja sekarang. Pekerja mengharapkan sesuatu yang lebih daripada majikan selain gaji. Mereka juga perlu kepada kepelbagai 'ganjaran' untuk menaikkan motivsi kerja.

No comments:

Post a Comment