Tuesday, 28 March 2023

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN MULONG (1)

 
Sekolah Kebangsaan Mulong (1) terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1928. Ianya bermula sebagai sebuah sekolah rakyat dengan bangunan berdinding buluh dan beratap nipah.
 
Sekolah Kebangsaan Mulong (1) memulakan operasinya pada zaman penjajah sebagai sebuah sekolah dengan bahasa pengantar Bahasa Inggeris.
 
Lokasi asal sekolah ini ialah di Batu 6, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan. Namun, pada tahun 1938, sekolah ini telah berpindah ke kawasan berhampiran pekan Kedai Mulong, Kota Bharu, Kelantan disebabkan memerlukan kawasan lebih luas untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sekolah ini kekal di lokasi baharu ini sehingga sekarang.  
 
Sekolah Kebangsaan Mulong (1) mendapat peruntukan bangunan baharu daripada pihak kerajaan, yang terdiri daripada dua blok bangunan dua tingkat bilik darjah serta pejabat dan satu blok kantin pada tahun 1974. Bangunan baharu ini telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad yang pada ketika itu Menteri Pelajaran Malaysia pada 19 Febuari 1976.

No comments:

Post a Comment