Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebuah
program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bertujuan
meringankan beban sara hidup golongan miskin tegar.
Bantuan ini disalurkan kepada isi rumah
penerima STR yang tersenarai sebagai "Miskin Tegar” mengikut
data eKasih sehingga 28 Februari 2023 dalam bentuk barang keperluan
asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM600
Penerima menerima bayaran sebanyak RM100
sebulan dikreditkan untuk tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke
dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima untuk pembelian barangan asas daripada
kategori produk terpilih di pasar raya atau kedai runcit terpilih bermula Julai
2023.
Penerima dari Sabah, Sarawak dan Labuan, bayaran
sebanyak RM600 akan dikreditkan sekaligus ke akaun bank penerima atau
secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara
bermula pada 7 Ogos 2023.
No comments:
Post a Comment