Harapnya prinsip Pas tidak berubah-ubah. Apa
yang dikatakan dahulu terus dipegang sebagai prinsip. Mari fahami prinsip Pas
dalam soal “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah” sepertimana dikatakan
oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Baca berita yang tersiar di Harakahdaily:
Seseorang tidak patut dihukum selagi beliau
tidak didapati bersalah terlibat dengan mana-mana dakwaan dan tuduhan.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil
Abdul Hadi berkata, orang ramai sepatutnya menyerahkan perkara itu kepada pihak
berkuasa untuk melakukan siasatan.
Menurutnya, PAS berpegang dengan prinsip
tidak akan membuat sebarang andaian sehinggalah seseorang itu benar-benar
dibuktikan bersalah.
“Ini prinsip PAS sejak dulu. Kita tak
mengira siapa misalnya dalam kes bekas Timbalan Perdana Menteri dulu, kita
mengambil prinsip yang sama termasuklah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Prinsip kami jelas, seseorang itu tidak
boleh dihukum bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah. Kita tak boleh ‘hukum’
mengikut media sosial hari ini yang rangkaiannya tiada sempadan,” katanya
kepada pemberita berhubung isu sebaran klip video mirip seorang menteri.
– HARAKAHDAILY 13/6/2019
Sumber
No comments:
Post a Comment