Monday 16 October 2023

ANGGUR SESUAI DITANAM DI MALAYSIA

 
Pokok anggur hidup di kawasan beriklim sejuk dan mediterranean. Malaysia beriklim tropika berhawa panas. Jadi, tentu satu perkara 'mustahil' untuk pokok anggur hidup subur di Malaysia.
 
Namun, itu hanya tanggapan dan 'keyakinan' yang betul pada tiga atau empat dekad lalu. Sebaliknya, kini anggup mampu hidup subur di Malaysia dan mengeluarkan buah.
 
Biarpun tidak ditanam dalam skala besar, penanaman anggur di Malaysia semakin berkembang, terutama di kalangan mereka yang menjadikan aktiviti menanam sebagai hobi. Sudah ramai yang mencuba dan berjaya menanam anggur sehingga mengeluarkan buah.
 
Sekarang ini anak benih anggur boleh dibeli di kebanyakan kedai menjual anak pokok buah-buahan dan pokok hiasan.
 
Anda boleh belajar cara menjaganya dari penjual anak benih anggur itu. Ataupun, sekarang ini banyak maklumat boleh dicari di internet yang mengajar A hingga Z mengenai penanaman, pembajaan dan penjagaan pokok anggur sehingga mengeluarkan buah.
 
Malah, Jabatan Pertanian juga ada menganjurkan kursus menanam anggur dan penjagaannya.
 
Penanaman dan penjagaan pokok anggur tidak sukar jika tahu cara dan kaedah yang betul. Satu kepuasan apabila sesuatu yang masih jarang dilakukan oleh orang lain berjaya dilakukan dengan baik. Anda yang berminat boleh mencubanya sendiri. 
 
Anggur bukan lagi sukar ditanam dan dibuahkan di negara ini jika tahu tekniknya. Ia boleh dilakukan oleh mereka yang mahu menjadikan anggur sebagai tanaman hobi di pinggir rumah dan juga yang ingin menanam secara komersial.
 
Anggur boleh ditanam di atas tanah atau dalam pasu dan tidak memerlukan kawasan luas, sekali gu sesuai ditanam di rumah kawasan perumahan yang mempunyai ruang terhad.
 
Malah anggur yang ditanam itu berbuah lebat seperti di luar negara dan rasanya manis seperti dijual di pasar raya.
 
Anggur yang ditanam mengeluarkan hasil dalam masa enam bulan sahaja. Selepas ditanam tiga bulan ia sudah menggeluarkan bunga dan tiga bulan kemudian, boleh menikmati buahnya.

No comments:

Post a Comment