Friday 1 March 2024

Bak kut teh makanan Warisan Negara

 
Hidangan sup babi, bak kut teh yang dikatakan hidangan berasal dari Klang, diiktiraf secara rasmi sebagai sebahagian daripada Warisan Negara.

Bak kut teh, sup babi yang diselitkan dengan herba aromatik dan rempah ratus, adalah hidangan kegemaran masyarakat Cina di Malaysia.

Ia dikatakan berasal dari masyarakat Hokkien di Pelabuhan Klang, yang mana ia diambil sebagai tonik berkhasiat dalam kalangan buruh dan kuli pada awal abad ke-19.

Penyenaraian bak kut teh sebagai hidangan warisan negara diperdebatkan kerana mempertikaikan di mana relevannya makanan berasaskan daging babi itu dimasukkan di dalam senarai makanan warisan di negara ini yang majoriti beragama Islam. Ia dianggap tidak sensitif dengan perasaan orang Islam.

Memang bak kut teh boleh ditukar menjadi daging yang halal seperti lembu, kerbau, ayam dan kambing yang disembelih secara Islam, tetapi amat jarang dijual di pasaran.

Bahkan, bak kut teh itu sendiri lebih difahami merujuk kepada hidangan babi. Bak itu bermaksud daging yang secara khususnya merujuk daging babi di dalam sebutan Hokkien.

Gambar sekadar hiasan 

No comments:

Post a Comment