Pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar
Melayu telah ditugaskan oleh Jeneral A. E. Percival iaitu Pemerintah Tentera
British Malaya di Singapura untuk mempertahankan kedudukan terakhir Tentera
British Malaya di Singapura semasa Perang Dunia Kedua.
Pasukan tersebut diketuai oleh seorang anak
muda kelahiran Sg. Ramal, Hulu Langat, Selangor iaitu Lt. Adnan Saidi telah
berusaha menyekat kemaraan Tentera Jepun yang telah berjaya menakluki Malaya
(Tanah Melayu) pada 31 Januari 1942.
Pertempuran sengit antara Rejimen Askar
Melayu dan Tentera Jepun telah berlangsung dari 13 hingga 14 Februari 1942
dimana anak-anak Melayu telah menunjukkan semangat kepahlawanan Melayu
menentang kemaraan Tentera Imperial Jepun yang dibawah arahan Jeneral
Yamashita.
Kekalahan Rejimen Askar Melayu ke tangan
Tentera Jepun di Singapura telah menyebabkan Jeneral A. E. Percival dan saki
baki Tentera British di Singapura telah menyerah kalah pada 15 Februari 1942.
Pada petang hening, 14 Februari 1942, sekujur tubuh kaku kelihatan tergantung di sebatang pokok di atas puncak Bukit Chandu, Singapura. Mayat yang memakai uniform Askar Melayu ini ditikam bertubi-tubi tanda pembalasan dendam dan marah.
Kendatipun diperlakukan sedemikian, di tangannya sendiri telah terkorban
berpuluh askar Jepun. Peluru habis, parang dilibas. Parang tumpul, pisau tempur
pula dikilas. Bom tangan juga telah habis dilempar ke arah musuh. Adnan lebih
rela berputih tulang dari berputih mata melihat posnya ditawan dan kawasan
jagaannya dirampas musuh.
Tempoh 48 jam sebelumnya, sekumpulan Askar Melayu telah mematahkan serangan bertubi-tubi silih berganti Rejimen Chrysenthemum Tentera Jepun. Selama 48 jam lamanya, Askar Melayu pimpinan Adnan dari 1 Melayu, bertempur tanpa henti, berbekal semangat dan berjuang bersama Rejimen Punjabi dan saki baki British menentang keazaman Jepun menawan Singapura yang ketika itu sebahagian dari Tanah Melayu.
Jeneral Yamashita selepas berjaya membunuh Adnan dan menawan benteng terakhir Malaya di Bukit Chandu berkata: "Jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun."
Musuh sekalipun turut mengagumi semangat berjuang anak Melayu ini memimpin para pengawal Bukit Chandu sehingga titisan darahnya yang terakhir.
No comments:
Post a Comment