Wednesday, 15 May 2024

KERAJAAN LULUS PEMANJANGAN LANDASAN LTSIP

 
Kerajaan Persekutuan bersetuju meluluskan permintaan Kerajaan Negeri Kelantan untuk menambah pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) daripada 2,400 meter yang ada sekarang kepada 2,800 meter. Pemanjangan landasar tersebut menjadikan lapangan terbang itu bersedia untuk menerima penarafan antarabangsa.
 
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya telah memutuskan agar penambahan landasan lapangan terbang itu dilaksanakan secara laluan pantas (fast track).
 
Laluan pantas bermaksud pemanjangan landasan ini akan dimasukkan sebahagian daripada projek pembesaran LTSIP. Jadi, proses ini tentu akan mempercepatkan projek kerana ia tidak dianggap sebagai satu projek berasingan, tetapi sebagai sambungan kepada projek sedia ada.
 
Kementerian Pengangkutan boleh membuat perubahan kerja dan pertambahan kos tersebut juga akan dimasukkan dalam kos projek yang sedia ada.
 
Hal tersebut telah diluluskan oleh kabinet dan disusuli dengan tindakan oleh Kementerian Pengangkutan untuk berbincang bersama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan.
 
Kelulusan itu disepakati kabinet kerana permintaan Kerajaan Negeri Kelantan itu tidak melibatkan sebarang tender dan akan mempercepatkan proses pemanjangan landasan LTSIP.

No comments:

Post a Comment