Untuk memastikan Ayam Bismi ni benar benar
bersih, reban ayam dibina tinggi daripada tanah supaya ayam sentiasa berada
dalam keadaan yang bersih dan kering. Ini kerana apabila badan ayam lembab dan
basah, ayam akan lagi mudah untuk dijangkiti penyakit.
Jadi apabila keadaan ayam kering, amatlah
rendah risiko untuk ayam dijangkiti dengan pelbagai penyakit di reban.
Selain itu, reban yang tinggi juga akan
memudahkan untuk Team Teknikal Ayam Bismi menguruskan najis ayam dengan lebih
efisyen. Tahi ayam juga akan terus jatuh ke lantai bawah dan dapat mengelak
dari penyakit bawaan amonia ataupun penyakit yang ada di dalam tahi ayam
tersebut.
Dalam setiap reban akan dipasang dengan
slat kayu ataupun plastik dengan jarak 0.5inci supaya kaki ayam tidak tersepit.
Itulah antara sebabnya kenapa Ayam Bismi
membina reban yang tinggi daripada tanah. Bukan sebab nak ayam kami berada di
awangan tauu, cuma nak pastikan ayam ini sentiasa dalam keadaan yang bersih.
Jadi kenapa anda belum memilih Ayam Bismi kan?
Kredit Ayam Bismi
No comments:
Post a Comment