Friday 5 April 2024

TIDAK DITEGAH UNTUK MEMBOIKOT

 
Perkataan boikot cukup popular di Malaysia. Apabila ada sesuatu perkara tidak disukai, maka terus diboikot. Perbuatan memboikot tidak salah di sisi undang-undang, melainkan dalam soal memboikot berkaitan pematuhan terhadap undang-undang. Itupun yang menjadi kesalahan sepertimana undang-undang yang ditetapkan, bukannya perbuatan memboikot itu. Contohnya, seorang pemandu yang memboikot undang-undang yang menetapkan pemandu perlu memiliki lesen memandu tidak menjadi satu kesalahan, tetapi dia akan dikenakan saman atau dihadapkan ke mahkamah jika dia memandu tidak ada lesen.
 
Dengan kata lain, tidak salah memboikot, melaikan perbuatan itu turut melibatkan kepada hal-hal yang termaktub satu perbuatan yang menyalahi undang-undang. Perbuatan yang salah itu adalah dianggap bersalah bukan kerana memboikot, tetapi kerana perbuatan itu salah.

Perkataan boikot adalah asal perkataan Inggeris iaitu “boycott”. Perkataan “boycott” itu sendiri adalah mengambil nama Charles Cunningham Boycott. Perkataan “boycott” digunakan sebagai memperingati tindakan memboikot dilakukan penduduk di kawasan Mayo, Ireland pada abad ke-19 menentang Charles Cunningham Boycott yang menaikkan harga sewa tanah pertanian, menyebabkan banyak keluarga luar bandar diusir.

Penyelidik Ingrid Nystrom dan Patricia Vandermen, dalam sebuah buku yang diterbitkan pada 2015, di bawah nama LE BOYCOTT, mentakrif boikot sebagai tingkah laku sukarela tersusun yang membawa kepada keengganan untuk meneruskan hubungan komersial, politik, budaya, sukan, diplomatik atau akademik dengan pihak kedua yang mungkin sebuah syarikat atau negeri dengan tujuan untuk memberikan tekanan.

Dalam bahasa Melayu sudah ada perkataan yang membawa maksud boikot iaitu memulau atau kata asal pulau.
 
Definisi memulau: memulaukan 1. memisahkan daripada yang lain, mengasingkan, menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri daripadanya (sehingga tidak ada perhubungan antaranya dengan orang lain): mereka yang melanggar pantang larang kadangkala dipulaukan oleh keluarga sendiri; orang itu telah dipulaukan daripada masyarakat setempat; 2. enggan menyertai atau berurusan dengan sesuatu, memboikot: hanya Parti Buruh sahaja yang memulau pilihan raya kali ini; terpulau dipulaukan, disingkirkan; pemulauan perbuatan memulaukan, pem­boikotan, pengasingan: pemulauan terhadap barang-barang dr Afrika Selatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
 
Definisi boikot:  memboikot enggan berurus dengan (seseorang, organisasi, dan lain-lain), biasanya untuk menyatakan rasa tidak bersetuju atau memaksa individu atau institusi yang berkenaan menerima syarat tertentu, memulaukan: dia menyuruh orang memulaukan kedai-kedai yang menjual barang dengan harga yang mahal; negara itu memulaukan semua sidang Majlis Keselamatan;pemboikotan perbuatan (tindakan dasan sebagainya) memboikot, pemulauan: pemulauan ke atas barang-barang keluaran negara asing; pemboikot orang (syarikat, negeri, dan lain-lai) yang memboikot, pemulau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Gambar sekadar hiasan 

No comments:

Post a Comment