Muhammad Adli bin Mohd Khairul Bahri, alumni Sekolah Kebangsaan
(SK) Jerek, Gua Musang berjaya mendapat 12A SPM 2025. Adli menjadi pelajar di SK
Jerek dari tahun 2015 sehingga 2020 (Tahun 1 sehingga Tahun 6).
Adli yang mendapat 10A+ 1A dan 1A- kemudiannya menyambung
pelajaran menengah di Maahad Sains Tok Guru (MSTG), Kota Bharu. Dia diumumkan
pelajar terbaik SPM 2025 MSTG ketika majlis pengumuman keputusan SPM 2026 pada
31 Mac 2026 yang diadakan di dewan sekolah berkenaan.
Kejayaan Adli, anak kelima kepada pasangan Mohd Khairul
Bahri bin Ismail dan Asmidar binti Manan meneruskan kejayaan empat orang kakaknya
yang terut merupakan pelajar cemerlang SPM.
Khairul dan Asmidar adalah bekas guru di Sekolah Menengah
Kebangsaan Tengku Bendahara, Jerek, Gua Musang. Khairul kini pengetua di
Sekolah Menengah Kebangsaan Panggung Jaya, Kuala Betis dan Asmidah bertukar ke
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa setelah kedua-duanya hampir 20 tahun
menabur bakti di tanah Gua Musang.
Kejayaan Adli turut diraikan dengan dua orang sepupunya yang
turut mencapai keputusan cemerlang iaitu Bashir bin Mohd Yazid yang juga mendapat
12A (9A+, 2A, 1A-) dan Ahmad Muqri bin Mohd Azmi yang mendapat 9A dalam semua
mata pelajaran yang diamil (3A+ dan 6A).
Muqri pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, Taiping, Perak dan Bashir pula di Sekolah Agama Nilai, Nilai, Negeri Sembilan.
Gambar - Adli (dua dari kanan) bersama bapa saudara dan
sepupu sebelum pergi ke MSTG untuk mendapat keputusan.

No comments:
Post a Comment