Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berulang kali memberi jaminan Pilihan Raya Umum
Ke-15 (PRU15) akan diadakan selepas darurat tamat apabila Malaysia pulih dari
pandemik Covid-19 untuk kembalikan mandat rakyat.
Beliau
berkata tidak berniat untuk menghalang pilihan raya tersebut, tetapi ia tidak
dapat dilakukan pada waktu ini kerana jangkitan virus tersebut masih lagi
serius.
“Pilihan
raya akan diadakan sebaik sahaja jawatankuasa (yang akan ditubuhkan) dapati
pandemik reda atau pulih sepenuhnya dan pilihan raya selamat diadakan.
“Ini
komitmen dan janji saya yang akan ditunaikan. Insya Allah,” katanya dalam
pengumuman langsung mengenai proklamasi darurat yang akan berkuatkuasa sehingga
1 Ogos."
Berlainan
pula dengan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali, yang mengatakan PRU15 akan diadakan pada 2023.
“Pilihan
raya seterusnya adalah pada 2023. Siapa janji untuk (laksana Undi18) pada 2020
atau 2021?”, kata Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
pada sidang media.
Siapa lebih berkuasa? Muhyiddin atau Azmin.
No comments:
Post a Comment