Sunday, 23 February 2025

STESEN KERETA API PELABUHAN KELANG

 
Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang (dahulu Port Swettenham) menjadi nadi pembangunan Pelabuhan Kelang yang baharu dibina. Ia menjadi stesen kereta api tertua yang masih beroperasi sehingga sekarang. 

Stesen Kereta Api Klang ini telah dibina pada sekitar tahun 1890. Landasan pada mulanya menghubungkan Klang dengan Bukit Kuda.
 
Stesen ini dibina memandangkan perhentian Bukit Kuda tidak sesuai lagi menjadi perhentian di kawasan Kelang kerana terletak agak jauh sedikit (lebih kurang 4.8 kilometer) dari bandar Kelang.
 
Laluan keretapi dari Kuala Lumpur ke Kelang merupakan antara laluan pertama di negara ini.Ia dibina pada tahun 1886 dengan jarak sejauh 32 kilometer dari Kuala Lumpur ke Bukit Kuda.
 
Pada tahun 1890, Jambatan Connaught yang merentasi Sungai Klang dibuka sekali gus membawa kereta api ke pekan Klang melalui Bukit Badak. Laluan ini telah dilanjutkan dari Kelang ke Port Swettenham pada 1 Jan 1899.
 
Laluan Pelabuhan Kelang ke Kuala Lumpur menjadi nadi pembangunan Pelabuhan Kelang yang baru dibina. Pengangkutan barang menggunakan kereta api amat penting pada masa dahulu.
 
Jadi, apabila Pelabuhan Kelang mula dibina, pekhidmatan kereta api difikirkan amat perlu untuk membawa barang ke Kuala Lumpur dan kawasan lain.
 
Jumlah import dan eksport meningkat dengan kadar yang pesat. Ini berikutan daripada pembangunan tanaman kopi dan perlombongan bijih timah. Lalu lintas keretapi di antara Kuala Lumpur semakin sibuk.
 

No comments:

Post a Comment