Penggunaan baja kimia sememangnya tidak elok untuk kesihatan dan alam sekitar. Sebagai ganti baja kimia elok digunakan baja organik sebagai alternatif untuk mendapatkan hasil tanaman yang baik.
Hasil tanaman dari baja organik lebih baik untuk kesihatan kerana tiada kimia yang terkandung dalam tanaman tersebut dan dapat mengelakan kita daripada bahaya kanser.
Di pasaran sayur-sayuran yang ditanam secara organik lebih mahal dari sayuran biasa kerana kandungan mineral semula jadi dalam sayuran tersebut lebih tinggi dari sayur yang ditanam dengan baja kimia.
Kita juga dapat menyelamatkan alam sekitar dengan penggunan baja organik ini. Biasanya kandungan yang berada dalam baja organik adalah Nitrogen, Kalsium, Phosphate dan beberapa lagi mineral yang baik untuk tubuh badan kita.
Baja organik sekarang ini banyak di pasaran. Baja organik di pasaran biasanya diproses daripada sisa najis ternakan.
Cara itu dapat meningkatkan pendapatan penternak yang bukan saja hasil dari haiwan seperti daging dan telur, tetapi juga najis dijadikan baja organik.
Cara itu dapat meningkatkan pendapatan penternak yang bukan saja hasil dari haiwan seperti daging dan telur, tetapi juga najis dijadikan baja organik.
Selain dibeli, baja organik juga boleh didapati di persekitaran tempat tinggal atau diproses sendiri. Selain najis haiwan, sisa makanan boleh dijadikan sebagai baja organik melalui proses ringkas.
Proses membuat baja organik daripada sisa-sisa makanan seperti nasi, ikan, sisa sayuran dan segala bahan yang bersifat organik yang kita selalu buang adalah ringkas.
Perlukan tong sampah berpenutup. Masukan 20 peratus tanah dalam tong tersebut. Seterusnya masukkan sisa makanan atau bahan lain yang boleh remput atau hancur. Gaulkan. Peram bahan-bahan tadi sehingga 14 hari atau lebih.
Anda juga boleh buat cara lain asalkan bahan sisa itu reput atau mengeluarkan air yang boleh dijadikan baja.
Lebih mudah ialah tanam bahan-bahan itu di dalam tanah. Ini termasuklah najis ternakan, rumput, daun dan sebagainya.
Baja organik adalah mesra alam iaitu baja yang tidak mengandungi bahan kimia. Ia merupakan unsur mineral semulajadi yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati.
Penggunaan baja kimia secara terus menerus tanpa di imbangi dengan menggunakan baja organik telah terbukti mengakibatkan terjadinya kerosakan tanah baik dari sifat fizik, kimia mahupun biologi tanah.
Dengan menggunakan baja organik, kerosakan tanah dapat diperbaiki dan dikembalikan sifat kesuburannya di samping meningkatkan produktiviti pertanian.
Baja organik sesuai untuk semua jenis tanaman. Proses penghasilan baja yang 100% semulajadi. Selain itu ia selamat digunakan dan tidak membawa sebarang kesan apabila digunakan secara berlebihan.
No comments:
Post a Comment