Akibat kongsi atau pinjam isteri kawan memang buruk. Jadi, jangan lakukan perbuatan pelik yang tidak mendatangkan kebaikan langsung.
Kisah filem Anak Bapa memang penuh pengajaran.
Walaupun ia lebih kepada cerita komidi, hakikatnya sarat dengan pengajaran dan
yang tersirat. Kisah Harun, Salleh, Datuk Mahfis, Halimah, Normah
dan Idah diolak dengan baik sekali.
Rasa cinta Normah yang tidak dibalas oleh Harun dipaparkan dengan mendatar dan lawak. Normah yang sebenarnya tertarik dengan Hurun disebabkan kekayaan atau jawatannya, telah ditolak permintaannya untuk bersuamikan Harun.
Rasa cinta Normah yang tidak dibalas oleh Harun dipaparkan dengan mendatar dan lawak. Normah yang sebenarnya tertarik dengan Hurun disebabkan kekayaan atau jawatannya, telah ditolak permintaannya untuk bersuamikan Harun.
Harun yang berhutang dengan Normah dan ceti
menghadapi masalah untuk membayarnya. Maka, dicari ikhtiar meminta wang dengan
bapanya, Datuk Mahfis dengan alasan untuk berkahwin.
Hakikatnya, wang yang diterima itu digunakan
untuk membayar hutang. Alasan bohong sunat dan harta bapanya sendiri.
Datuk Mahfis yang tinggal di Johor Bharu,
datang ke Kuala Lumpur di mana tempat Harun tinggal dengan alasan untuk bertemu
menantu dan melihat perniagaan diuruskan Harun.
Maka, Harun terpaksa mencari seseorang yang
boleh berlakon sebagai isterinya. Idah, isteri Salleh terpaksa
menjadi isteri olok-olok Harun. Salleh adalah pemandu merangkap
kawan karib kepada Harun. Atas dasar kawan, Salleh terpaksa
merelakan isterinya dipinjamkan kepada Harun.
Rahsia Harun terbongkar apabila Normah yang
diupah seribu ringgit mendedahkan perkara sebenar, apabila cek yang diterima
dari Harun adalah cek kosong.
Untuk mencari kebenaran, Datuk Mahfis mengadakan
mahkamah. Dalam kenyataan, pembelaan Harun menyatakan gaji seribu
ringgit sebulan yang diterima tidak cukup kerana setiap kali pergi kelab malam
dia membelanjakan sebanyak 50 ringgit.
Harun didapati tidak bersalah, dan kesalahan
ditujukan pula kepada Normah. Sebagai denda, Normah dikehendaki
kahwin dengan Datuk Mahfis.
Pengajaran dari Anak Bapa amat jelas.
Pertamanya, cinta Normah kepada Harun lebih kepada kebendaan. Sebab
itu, dia tidak membantah, bahkan bergembira apabila dijatuhkan 'hukuman' berkahwin
dengan Datuk Mahfis.
Walaupun telah tua, tentunya harta Datuk
Mahfis lebih bermakna. Datuk Mahfis yang miang ambil kesempatan atau sikap
Normah yang pentingkan kebendaan.
Sikap Harun yang suka ke kelab malam, tentunya
melibatkan minum arak dan perempuan. Belanja untuk kedua-duanya mahal. Gaji
yang banyak dihabiskan begitu saja.
Banyak golongan muda kaya dan pegawai ekslusif
jatuh bankrap disebabkan arak dan hiburan dengan perempuan. Arak, judi dan seks
banyak merosakkan kehidupan manusia yang inginkan kepuasan.
Tindakan berhutang memang banyak menimbulkan
masalah. Disebabkan hendak menjelaskan hutang, banyak orang terpaksa
menipu dan melakukan perbuatan salah lain, termasuk melakukan rasuah
semata-mata untuk mendapatkan duit untuk membayar hutang.
Elak berhutang kepada perkara yang tidak
mendatangkan kebaikan. Jauhkan diri daripada amalan berhutang kerana kita akan
menjadi hamba kepada hutang.
Tindakan Salleh yang sanggup meminjamkan
isterinya Idah atas dasar menyelamatkan kawan yang juga menjadi bosnya termasuk
dalam perbuatan dayus.
Isteri tidak boleh dikongsi walaupun sekadar
olok-olok. Isteri hak mutlak suami. Suami pula perlu mempertahankan
kesucian isteri dalam apa cara sekalipun.
No comments:
Post a Comment