Ketika diperintah oleh PAS dari tahun 1959 hingga
1978, Kelantan jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain. Kadar kemiskinan
dan tahap pembangunan yang rendah mewarnai setiap ruang kehidupan rakyat
Kelantan. Negeri Kelantan menjadi negeri
termiskin di Malaysia
ketika era pemerintahan PAS.
Namun setelah Barisan Nasional (BN) diberi
kepercayaan memerintah Kelantan selepas pilihan raya umum (PRU) 1978, Kelantan
mula mendapat sinar kemajuan dan rakyat mengalami perubahan nasib.
Pembangunan fizikal negeri amat ketara berubah
seperti pembinaan jalan raya di seluruh genap ceruk negeri, pembukaan tapak
perindustrian, pembangunan bandar baru, pembinaan sekolah, hospital, pejabat
kerajaan dan sebagainya.
Hasil usaha gigih kerajaan BN memajukan Kelantan
agar rakyat mendapat taraf kahidupan lebih selesa dan maju berjaya meletakkan
Kelantan di atas landasan yang betul. Pada tahun 80an, Kelantan mula menikmati segala kemajuan sepertimana
dinikmati di negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN.
Selain itu tidak ketinggalan soal pembangunan
kerohanian. Kerajaan BN mendirikan lebih
banyak masjid dan membaik pulih yang sudah rosak. Rakyat dapat melakukan ibadat dan aktiviti
keagamaan dengan lebih selesa.
Selain itu Kompleks Balai Islam di Lundang yang
menempatkan bangunan Jabatan Agama Islam Kelantan (JAIK) dan Majlis Agama Islam
dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta sebuah dewan serba indah dan
canggih menjadi bukti kesungguhan kerajaan BN meningkatkan syiar Islam di
Kelantan sesuai dengan gelaran Serambi Mekah yang diberikan kepada Kelantan.
Namun rakyat Kelantan tidak menghargai segala apa
yang dilakukan oleh kerajaan BN sepanjang 12 tahun apabila rakyat Kelantan
kembali memilih PAS pada tahun 1990.
Sekiranya Kelantan terus diperintah oleh BN, sudah
pasti Kelantan sekarang telah menikmati kemajuan lebih baik. Perancangan jangka panjang kerajaan BN
memajukan Kelantan terhenti sekerat jalan setelah rakyat lupa dan menolak
jasa-jasa BN.
Sekarang sudah 27 (2017) tahun PAS memerintah,
namun tiada satupun yang boleh dibanggakan seperti telah dilakukan semasa
pemerintahan BN. Janji pilihan raya pada
tahun 1990 yang membawa kejayaan PAS memerintah tidak mampu dilaksanakan hingga
sekarang.
Apa yang berjaya dilakukan oleh PAS selama memerintah
Kelantan? Negeri Kelantan kini semakin mengalami masalah pentadbiran dan
kewangan sehingga kepincangannya ketara kelihatan di mana-mana.
Masalah air di Kelantan terus diperkatakan. Bekalan air untuk kegunaan domestik tidak
dapat memenuhi keperluan semasa penduduk. Selepas diperintah PAS, bakalan air yang mampu disalurkan ke rumah-rumah
berkurangan dan mutu air yang dirawat juga tidak memuaskan. Masalah air paip
kelodak, berkarat dan tidak mencukupi sudah perkara biasa di Kelantan.
Setelah bosan dengan mutu perkhidmatan Air
Kelantan, ramai penduduk mengambil keputusan menggali telaga di rumah
masing-masing. Bagi penduduk di kampung, amalan itu satu kebiasaan, tetapi
tentulah janggal dan menyalahi peraturan bagi penduduk mendiami taman
perumahan.
Masalah kebersihan di bandar-bandar utama di
Kelantan amat memalukan. Sebagai negeri
yang mendakwa diperintah berdasarkan syariat Islam, tetapi gagal merealisasikan
ajaran agama menjadi satu perkara amat memalukan. Islam mengajar umatnya menjaga kebersihan,
tetapi kerajaan PAS Kelantan gagal menterjemahkan kehendak agama itu.
Kekotoran di Kelantan berpunca kerana kekurangan
bilangan tong sampah yang disediakan oleh pihak berkuasa. Jika ada tong sampah, masalahnya pula sampah
yang dibuang di dalam tong sampah tidak dipunggut sehingga berbau busuk dan
tidak dapat dibuang di dalam tong sampah lagi kerana sudah dipenuhi
sampah.
Keadaan ini terjadi kerana pihak berkuasa tempatan
tidak mampu menyediakan lori pengangkut sampah secukupnya mengikut
keperluan.
Kota Bharu yang diiystiharkan sebagai Bandar Raya
Islam tidak mencerminkan namanya. Tahap
kebersihan bandar Kota Bharu tidak terjaga. Maksiat masih berleluasa.
Kejayaan PAS hanya menelanjang dan memusnahkan
kawasan balak di Kelantan tanpa mengikuti kaedah pembalakan yang
sistematik. Pokok yang masih muda dan
kawasan hutan yang sepatutnya dijaga musnah akibat kerakusan pemimpin PAS. Mereka lebih berminat meninjau kawasan balak
daripada menemui rakyat yang memerlukan bantuan.
Ratusan ribu rakyat Kelantan terpaksa merantau
mencari peluang pekerjaan di negeri-negeri lain, khususnya di Lembah Kelang,
Johor dan Pulau Pinang. Kerajaan PAS
sekadar meletakkan poster atau papan iklan menyambut ketibaan atau kepulangan
perantau, kononnya satu sikap prihatin kepada nasib rakyat Kelantan.
PAS lebih banyak menghabiskan masa menyalahkan
orang lain daripada menghisab diri sendiri.
Kesalahan dan kelemahan pemimpin PAS disembunyikan dalam lipatan serban
dan jubah. Mereka berselindung di
sebalik perjuangan agama yang dipesongkan mengikut acuan politik sempit mereka.
Selama ini PAS berselindung di sebalik topeng
agama bagi mengelirukan rakyat. Namun
kini rakyat telah mula sedar wajah dan niat sebenar PAS. Apa yang dilakukan tidak lebih daripada untuk
kepentingan individu dan kumpulan tertentu sahaja.
No comments:
Post a Comment