Wednesday 19 February 2020

KHASIAT POKOK BUAH LEMBA

Pokok lemba (Cucurligo latifolia) merupakan tumbuhan herba dari jenis saka (perennial) dari keluarga Amaryllidaceae. Nama lain pokok lemba ialah lumbah, lembah, lumbah rimba, nyior lembir, nyiur puyuh, lumbah padi, kepala puyuh, pinang puyuh dan beberapa nama lain lagi.

Dikategori sebagai herba tumbuh secara berumpun, daun lemba mempunyai banyak urat serta bertangkai. Bunga lemba berwarna kuning muncul dari dasar atau pangkal pokok. Manakala buahnya berbentuk puting berwarna putih berbiji halus dan manis rasanya.

Buah lemba mempunyai rasa manis apabila matang. Rasa manis ini dihasilkan daripada sejenis protein pemanis rendah kalori yang dikenali sebagai curculin dan neoculin. Dua sebatian ini juga dikenali sebagai protein pemanis atau pengubah rasa.

Pengubah rasa bermaksud protein tersebut boleh mengubah rasa makanan yang masam kepada manis. Jika makan buah lemba dan kemudian makan buah masam seperti mempelam muda, rasa mempelam itu akan jadi manis. Rasa manis ini boleh bertahan selama 10 hingga 30 minit.

Pokok lemba mengandungi pelbagai khasiat antaranya bahagian akarnya dikatakan mampu mengubati sakit ginjal atau buah pinggang, menguatkan fungsi sex, mengatasi sakit kepala, sakit perut dan ulser mulut.

Buah lemba yang manis dikatakan boleh dimakan oleh pesakit kencing manis (diabetis), mengubati demam malaria, batuk, bengkak, melawaskan kencing dan sebahagian dari ramuan ubat periuk wanita selepas bersalin.

Manakala biji-biji berwarna hitam di dalam buahnya dicampurkan ke dalam sirap dan diminum untuk menyejukkan badan. Daun lemba juga boleh dikeringkan dan dipintal menjadi tali dan benang.

Rendaman (infusions) daun, pangkal batang dan akar digunakan secara dalaman untuk merawat demam. Rebusan (Decoctions) bunga dan akar diambil sebagai ubat sakit perut dan diuretik, manakala rebusan rhizome digunakan untuk merawat penyakit haid yang tidak menentu atau terlalu banyak dan lama.

Sejauh mana kemujarapan pokok lemba secara saintifik tidak dipastikan, namun ia telah lama digunakan di kalangan penduduk kampung untuk tujuan perubatan.

BUAH LEMBA MEMBERI KESAN RASA MANIS

Pokok lemba (Cucurligo latifolia) merupakan tumbuhan herba dari jenis saka (perennial) dari keluarga Amaryllidaceae. Nama lain pokok lemba ialah lumbah, lembah, lumbah rimba, nyior lembir, nyiur puyuh, lumbah padi, kepala puyuh, pinang puyuh dan beberapa nama lain lagi.

Biasanya pokok lemba tumbuh secara liar dan berumpun di kawasan belukar yang agak redup dan terlindung dari cahaya matahari. Agak sukar untuk menemuinya kerana ia tumbuh tidak di dalam rumpun yang banyak atau dalam satu kelompok di tempat yang sama.

Lemba membiak melalui rizom. Buah lemba tersusun dalam bentuk tandan di pangkal pokok. Buah lemba mempunyai rasa manis apabila matang. 

Rasa manis ini dihasilkan daripada sejenis protein pemanis rendah kalori yang dikenali sebagai curculin dan neoculin. Dua sebatian ini juga dikenali sebagai protein pemanis atau pengubah rasa.

Pengubah rasa bermaksud protein tersebut boleh mengubah rasa makanan yang masam kepada manis. 

Jika makan buah lemba dan kemudian makan buah masam seperti mempelam muda, rasa mempelam itu akan jadi manis. Rasa manis ini boleh bertahan selama 10 hingga 30 minit.

Apa yang dirasa apabila makan buah lemba adalah sama seperti makan buah ajaib ((Synsepalum dulcificum).

Selain buahnya, bahagian lain pokok lemba yand dimanfaatkan masyaakat dahulu ialah daunnya. Daun pokok lemba sesuai dijadikan bahan pembalut untuk mengukus ikan dan membalut makanan.

Pokok lemba sesuai dijadikan tanaman selingan yang produktif bersama tanaman seperti kelapa sawit dan getah. Juga sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan di halaman rumah.


Tuesday 11 February 2020

KEMPEN SAYANGI SUNGAI KITA


Masyarakat harus diterapkan dengan rasa tanggungjawab menyayangi sungai, khususnya mereka yang terbabit secara langsung dengan ekosistem sungai. Bilangan sungai yang ‘sudah mati’ akibat terlalu kotor dan tercemar semakin bertambah. 

Mengapa kita perlu menyayangi sungai? Sungai adalah nadi kehidupan manusia, anugerah Allah yang perlu manusia menjaganya. Kepentingan utama sungai adalah sebagai sumber mendapatkan bekalan air.  Sumber air amat penting untuk manusia dan makhluk hidup lain. 

Sebab itu, kira-kira dua pertiga daripada permukaan bumi diliputi air. Manakala di dalam badan manusia terdiri kira-kira 70 peratus adalah air. Manusia boleh hidup tanpa makan beberapa hari, tetapi akan mati jika kekurangan bekalan air di dalam badan. Fungsi organ-organ badan akan terhenti jika kekurangan bekalan air. 

Sebenarnya, kaitan hidup manusia dengan air amat rapat. Selain air digunakan sebagai air minuman, bekalan air juga diperlukan untuk pelbagai kegunaan lain. Sumber makanan kita seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, ubi, hasil ternakan, ikan dan sebagainya ada hanya sekiranya ada sumber air.  

Sebab itu banyak ayat al-Quran yang menyebut air sebagai anugerah Allah yang besar manfaatnya secara langsung untuk manusia dan yang mempunyai kaitan dengan kehidupan manusia. 

Antara firman-Nya menyebut mengenai air bermaksud: “Dan Dia yang menurunkan air hujan dari langit (awan), untukmu, sebahagiannya untuk minuman dan sebahagian untuk (menyuburkan) pokok-pokok yang kamu gunakan untuk makanan ternakanmu.” (Surah an-Nahl, ayat 10).

Firman Allah lagi dalam surah al-Anbiya, ayat 30 yang bermaksud: “Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup.  Maka mengapakah mereka tidak juga beriman.”

Sepertimana anugerah alam yang lain, air perlu dijaga dengan baik. Pengurusan sumber air satu tanggungjawab yang penting. Ini termasuk dalam senarai tugas khalifah yang dipertanggungjawabkan terhadap manusia, memakmurkan dan menguruskan sumber alam ini.

Pengurusan sumber air amat penting kerana bekalannya ‘terhad’ dan berubah-ubah sifatnya. Air hujan tidak turun berterusan sepanjang masa. Biarpun air penting bagi manusia, jika hujan berterusan, akan menyebabkan banjir yang disebut pula bencana. 

Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana. Air yang amat diperlukan oleh manusia, boleh bertukar bencana. Samalah, ombak yang kecil menjadikan pantai tempat bersukaria, tetapi jika bertukar besar seperti Tsunami, membawa bencana yang tidak mampu manusia menghalangnya.

Nikmat yang Allah berikan boleh bertukar bala jika tidak diurusakan dengan baik. Manusia yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah akan ditarik balik nikmat itu. 

Banyak kaum terdahulu dimusnahkan dengan didatangkan banjir besar sebagai balasan kemungkaran dilakukan oleh kaum tersebut. Antara kaum yang menerima bala melalui banjir, selepas mendapat nikmat yang besar ialah kaum Saba. 

Saba (negeri - terletak di Yamen) mengalami pembangunan dengan adanya pembinaan ampangan untuk membekal air berterusan. Bidang pertanian dapat diusahakan dengan baik, dan memberi kemakmuran kepada seluruh rakyat.  Saba menjadi tumpuan penduduk dari seluruh Semenanjung Tanah Arab.   

Malangnya kaum Saba tidak bersyukur dengan nikmat air yang kurniakan.  Perintah Allah diingkari biarpun diberi peringatan berkali-kali. Maka, melalui air Allah mengirimkan balasan di atas kekufuran kaum Saba. Mereka hampir tidak percaya bahawa ampangan yang kukuh itu boleh runtuh dan memusnahkan negeri mereka dan segala apa yang dimiliki.  

Perkara itu dinyatakan oleh Allah melalui firman-Nya brmaksud: “Tetapi mereka membelakangkan (tiada bersyukur), lalu Kami kirimkan kepada mereka banjir besar.” (Surah Saba, ayat 16).

Justeru, kita perlu berhati-hati dalam soal air. Nikmat yang Allah anugerahkan perlu disyukuri. Bila-bila masa sahaja bala boleh Allah kirimkan melalui air. Kita boleh renungkan kejadian-kejadian berkaitan air akibat pengabaian penjagaan sumber air dan sungai.  

Menjaga sumber air dan sungai samalah menjaga sumber penghidupan manusia.  Ini dinyatakan melalui firman Allah yang bermaksud: “Dialah yang telah menjadikan bumi ini terhampar, langit sebagai atap untukmu, dan Dia telah menurunkan air hujan dari langit, lalu mengeluarkan buah-buahan sebagai rezeki untukmu.” (Surah al-Baqarah, ayat 22).

Monday 3 February 2020

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN (1)

Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) atau nama ringkasnya SK Kubang Kerian (1), juga ditulis SKKK1 merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Jalan Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1920, bermula sebagai sekolah rakyat. Nama asalnya adalah Sekolah Melayu Kubang Kerian. Bangunan asal adalah merupakan sebuah bangsal kecil bertiangkan batang nibung dan beratapkan rumbia. Keluasan bangunan ini ialah 12 x 30 kaki persegi.

Keadaan sekolah sedemikian adalah biasa untuk Sekolah Melayu yang tidak mendapat bantuan daripada pihak kerajaan. Ia dikendalikan oleh pemimpin setempat dan mereka yang ingin melihat anak bangsa mendapat pendidikan asas.  

Tapak sekolah ini telah berubah beberapa kali sehingga pada tahun 1938 sekolah ini telah menerima satu bangunan kayu 20 x113 kaki persegi sebagai bangunan rasmi sekolah yang mempunyai empat bilik darjah dan satu bilik Guru Besar.

Pada tahun 1993 pengurusan sekolah ini terpaksa dibahagikan kepada dua iaitu SKKK1 dan Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 (SKKK3) kerana bilangan murid yang ramai dan bangunan yang sedia ada tidak mencukupi.

SKKK1 kekal di tempat asal dan SKKK3 dipindahkan ke tapak baharu berhampiran Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Selain mempunyai pelajar biasa, di SKKK1 turut menyediakan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermula Januari Januari 2004 melibatkan 2 orang guru dan 14 orang murid.