Monday, 3 October 2022

UMUR SEPARUH ABAD MASIH DUDUKI PEPERIKSAAN

 
Biasanya yang menduduki peperiksaan adalah golongan pelajar sekolah atau universiti yang masih muda. Kalau umur lebih separuh abad masih menduduki peperiksaan kerjaya atau iktisas, itu kira luar biasa hebatnya. Tahniah.

Sebenarnya, proses menuntut ilmu dan menduduki peperiksaan tiada had umur dan masa. Belajar dan ujilah kemampuan diri selagi mampu. Itu tanda anda masih tidak nyanyuk dan akal masih sempurna.

Akal perlu sentiasa digunakan agar terus berfungsi dengan baik. Belajar dan menduduki ujian adalah proses yang baik untuk mengekalkan daya akal dan mengelak diri daripada nyanyuk. Akal yang tidak digunakan akan berkarat. Hilang kebijaksaan dan kelancaran proses berfikir.

Tahniah kepada mereka yang masih bersemangat belajar dan menduduki ujian biarpun umur telah melebihi separuh abad. Semoga apa yang dilakukan memberi kebaikan hidup di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment