PPBM
menambah koleksi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) secara
lompat parti.
Ahli
Parlimen dan ADUN yang lompat parti adalah pengkhianat. Islam meletakkan
pengkhianat pada tempat yang hina lagi dina, selain merupakan sebahagian daripada tanda-tanda orang munafik. Jelaslah bahawa pengkhianat mendapat tempat yang
begitu jijik di dalam Islam.
Malah,
Allah SWT melarang berdebat dan membela orang yang khianat. Firman Allah SWT
bermaksud: “Dan janganlah engkau berdebat membela orang-orang yang mengkhianati
dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat
lagi bergelumang dosa. ” (Surah An- Nisa, ayat 107).
Perbuatan
khianat juga memberikan kesan yang amat dahsyat kepada sesiapa sahaja yang
dikhianati tanpa mengira individu ataupun organisasi.
Lihatlah
sejarah sebelum ini. Kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat pun jatuh
tersungkur kerana sikap khianat dan tamakkan kuasa sesetengah kelompok yang
rakus.
Asbab
khianat jugalah, tidak mustahil keamanan dan perpaduan yang kukuh akan runtuh
berkecai apabila benih khianat tumbuh subur dalam masyarakat, terutama di
kalangan pemimpin politik.
Kita
tidak mahu perbuatan khianat ini menjadi budaya dalam politik negara. Jika
Bersatu banyak menerima Ahli Parlimen dan ADUN lompat parti, tidak mustahil ada
parti lain pula akan berusaha mendapatkan dari PPBM.
Sekiranya
amalan ini menjadi satu budaya, situasi politik tidak akan stabil sampai
bila-bila. Pengkhianat akan melakukan pelbagai kesalahan lain kerana sudah
terbiasa dengan perbuatan khianat.
UMNO
menolak kerjasama dengan PPBM pada PRU15 adalah demi untuk kestabilan politik
negara pada masa akan datang agar tidak akan berlaku pengkhianatan.
No comments:
Post a Comment