Wednesday 13 January 2021

Tiga wira dapatkan vaksin untuk rakyat Malaysia

Pakar kesihatan berpendapat ancaman pandemik Covid-19 tidak akan tamat selagi tidak dilakukan vaksinisasi kepada seluruh rakyat. Pematuhan SOP atau tindakan kerajaan memperkenalkan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 hanya akan mengawal wabak itu daripada menjadi tidak terkawal, bukannya menghapuskan.

Rakyat menanti-nanti ketibaan vaksin Covid-19 di negara kita dan seterusnya diberikan kepada rakyat. Tambah tinggi pengharapan tersebut apabila rakyat di negara jiran kita, Singapura telah menerimanya.

Panantian rakkyat bakal berakhir apabila satu persefahaman antara Kerajaan Malaysia melalui anak syarikat Boustead Berhad iaitu PharmaNiaga Berhad dan SINOVAC dari China.

Melalui persefahaman dibuat, Syarikat Sinovac akan membuat penghantaran vaksin fasa pertama kepada Malaysia melalui PharmaNiaga Berhad dalam tempoh sebulan.

Di sebalik kejayaan itu tentu sekali ada individu yang menjadi ‘wira’ sehingga perkara itu menjadi satu kenyataan.

Sebenarnya ada tiga orang menteri yang secara langsung bertanggungjawab sehingga termetrainya persefahaman tersebut.  

Menteri yang dimaksudkan Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri  Dr Adham Baba (Menteri kesihatan) dan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Tiga menteri berkenaan bertungkus-lumus siang dan malam tanpa mengira apa jua situasi politik negara, termasuk dalaman UMNO sendiri.

Tanpa ada kenyataan politik kepartian, mereka ini secara konsisten dan memfokuskan segala usaha mereka untuk menyelamatkan nyawa rakyat.

Inilah ‘wira’ sebenar yang tidak didendangkan oleh rakyat mahu pun rakan dalam parti. 

Menariknya, ketiga-tiga mereka merupakan menteri dari kalangan Ahli Parlimen UMNO/BN. Ternyata, kepercayaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan tugas berat itu kepada mereka tidak dipersia-siakan.

Kejayaan ketiga-tiga menteri itu tentu sekali bukan sahaja membawa imej kejayaan peribadi, tetapi tentu sekali menaikkan imej UMNO/BN yang mempunyai pemimpin yang cukup berkualiti untuk berkhidmat kepada rakyat, terutama dalam soal melibatkan keselamatan nyawa.

Ternyata, kemampuan menteri dari UMNO/BN jauh berkualiti berbanding menteri era pemerintahan Pakatan Harapan (PH). Agaknya negara boleh berada di tahap paling gawat jika masih diterajui menteri PH.

Menteri yang berkualiti memberi perhatian kepada amanah yang diberikan kepada mereka. Biarpun apa pandangan pihak lain kepada mereka, termasuk dari rakan dalam parti sendiri, apa yang penting fokus kepada usaha membawa maksud vaksin secepat mungkin perlu diutamakan.

Biarpun apa berlaku dalam UMNO, itu hanya ‘ribut dalam cawan kopi’ yang boleh reda bila-bila masa apabila gelas tidak digoyangkan. Namun, nasib rakyat mendepani pandemik Covid-19 adalah ‘ribut taufan di lautan luas’ yang jika tidak ditangani segera melalui langkah-langkah ‘tepat’, kesannya adalah maut.

Jawatan menteri bukan untuk selesa berada di kerusi empuk, tetapi lahir bersamanya satu tanggungjawab yang berat. Tentu sekali dalam situasi sekarang tanggungjawab berat itu ialah memastikan vaksin berjaya dibawa masuk dan diberikan kepada rakyat secepat mungkin.

Hasil keberkesanan gabungan ketiga-tiga menteri dari UMNO/BN terbukti apabila berjaya mempercepatkan proses mendapatkan vaksin ke negara kita apabila satu persefahaman antara Kerajaan Malaysia melalui anak syarikat Boustead Berhad iaitu PharmaNiaga Berhad dan SINOVAC dari China.

Pharmaniaga LifeScience Sdn. Bhd. (PLS), anak syarikat penuh milik Pharmaniaga Berhad telah menandatangani perjanjian dengan syarikat biofarmaseutikal dari China, Sinovac Life Sciences Co. Ltd. (Sinovac) bagi membotol dan mengedarkan 14 juta dos vaksin Covid-19.

Melalui perjanjian yang ditandatangani pada 12 Jan 2021 itu, PLS akan membotolkan vaksin itu di negara ini yang akan menjadikan kosnya lebih murah.

Vaksin tersebut yang dibangunkan Sinovac telah melepasi ujian klinikal tahap ketiga di Brazil dan Turki.

Semua 14 juta dos vaksin itu dijangka diterima oleh rakyat Malaysia pada penghujung Mac.

PLS akan menggunakan kilang suntikan volum kecil (SVI) berteknologi tingginya di Puchong untuk menjalankan proses pembotolan vaksin tersebut.

Kilang PLS akan memproses vaksin tidak aktif (atau vaksin yang telah dimatikan) yang terdiri daripada zarah-zarah virus yang dibangunkan dalam kultur dan telah hilang keupayaan menghasilkan penyakit.

Perjanjian pembekalan vaksin Covid-19 semalam adalah sesuatu yang sangat bersejarah dan akan memberikan pulangan yang besar bukan sahaja untuk Pharmaniaga, malah kepada rakyat Malaysia.

Ketika ini, Malaysia masih belum mempunyai teknologi dan tenaga kepakaran untuk membangunkan sendiri vaksin.

Oleh itu, ini adalah peristiwa bersejarah untuk negara kerana melalui kerjasama ini, pasukan tenaga profesional tempatan akan dilatih dalam teknologi vaksin serta bakal memperolehi pengalaman berharga bekerja dengan saintis terkemuka Sinovac supaya Malaysia mempunyai tenaga pakarnya sendiri dalam bidang formulasi vaksin dalam masa terdekat.

Pharmaniaga kini dalam proses perbincangan dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk mendaftarkan vaksin Sinovac sebelum ia mula dibotolkan di PLS pada Februari seterusnya diedarkan pada akhir Mac.

Ternyata, tuduhan dilempar terhadap menteri yang mengambil keuntungan peribadi terhadap pemerolehan vaksin adalah tidak berasas. Mereka sedaya mungkin bukan sahaja untuk mendapat vaksin tersebut, bahkan dalam kos yang lebih murah.

Tabik hormat kepada ketiga-tiga menteri dari UMNO/BN itu. Anda adalah wira kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga dipermudahkan segala urusan selanjutnya.

1 comment: