Wednesday, 31 December 2025

AZHAN DILANTIK PANGLIMA TENTERA DARAT KE-31

 
Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman, dilantik Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa 1 Januari 2026 dan dinaikkan pangkat Jeneral. Beliau menggantikan Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan
 
Pelantikan dibuat selaras keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 pada 19 November lalu dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Disember.
 
Azhan dilahirkan pada 4 September 1969 di Muar, Johor, mula menceburi bidang ketenteraan dengan mengikuti Latihan Pegawai Kadet di Sungai Besi pada 25 Ogos 1987.
 
Ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 29 Julai 1989 dan mula perkhidmatan sebagai Ketua Platun di Batalion Ke-11 RAMD.
 
Sepanjang perkhidmatan, dia mengikuti pelbagai kursus kerjaya dalam ATM seperti ketua platun, tugas staf, ketua kompeni dan lain-lain.
 
Kursus kerjaya di peringkat tinggi pula melibatkan pengajian di Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT - yang menganugerahkan Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan - Universiti Malaya - 2002), French Joint Defence College – War College (École de Guerre) di Akademi Tentera Perancis (Januari 2012 - Jun 2013) dan Kursus Ketahanan Nasional di Maktab Ketahanan Nasional (2021).

Beliau dinaikkan pangkat ke Leftenan Kol onel pada 1 Mei 2007, seterusnya dilantik Pegawai Memerintah Batalion Ke-24 RAMD. Seterusnya berkhidmat sebagai Juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) pada Pada 14 Januari 2010.
 
Beliau juga dilantik Komander Batalion Siap Sedia Tentera Darat (1 Ogos 2017 - 5 September 2018) dan Komander MALBATT 850-6 bagi UNIFIL di Lubnan (6 September 2018 - 9 November 2019).
 
Selain itu, jawatan tinggi lain ialah sebagai Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia, Asisten Ketua Staf di Cawangan Operasi dan Latihan, Markas Tentera Darat dan Ketua Staf Markas ATM pada 4 Februari 2025.

No comments:

Post a Comment